Page 3 - Bahan TMUA
P. 3

Program  ini  telah  dijalankan  di  seluruh  Indonesia  dengan  tertubuhnya  lebih  80
                   cawangan  di  sana.  Setelah  empat  tahun  sejak  ditubuhkan,  telah  terdapat  hampir

                   10,000  orang  para  alumni.  Yayasan  ini  mempunyai  visi  untuk  terwujudnya  satu

                   hafiz/hafizah di dalam setiap keluarga Muslim di Indonesia pada tahun 2030.


                   Yayasan ini memperkenalkan Program Karantina yang menggunakan kaedah yang

                   dikenali  sebagai  Kaedah  Yadain  iaitu  satu  kaedah  yang  boleh  membantu  para

                   pelajar untuk menghafaz al-Quran dengan lebih berkesan. Selain itu, penggunaan

                   Kaedah  Yadain  ini  juga  bertujuan  untuk  melahirkan  pelajar  yang  bukan  sahaja
                   boleh  menghafaz  al-Quran  tetapi  juga  dapat  memahami  isi  kandungan  al-Quran

                   serta mengamalkannya. Program Karantina yang menggunakan Kaedah Yadain ini

                   sangat bertepatan dengan Visi dan Misi Program Tahfiz Model Ulul Albab iaitu:


                   Visi:

                   Melahirkan generasi Tahfiz Model Ulul Albab yang memahami sains, falsafah dan
                   teknologi bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik yang berteraskan al-Quran

                   bagi  menghadapi  cabaran  globalisasi  dan  mencapai  kegemilangan  ketamadunan

                   ummah.


                   Misi:

                   Mentarbiah  pelajar  untuk  melahirkan  insan  yang  beriman,  bertaqwa,  berilmu,

                   berakhlak  mulia,  berketrampilan,  bertanggungjawab  dan  dapat  berbakti  kepada

                   bangsa dan negara melalui pembudayaan al-Quran.


                   LATAR BELAKANG:

                   SMKA  Sheikh  Haji  Othman  Abdul  Wahab  merupakan  Sekolah  Menengah
                   Kebangsaan Agama pertama dan tertua di Sarawak yang sudah mula bertapak lebih

                   40 tahun sejak awal penubuhannya pada tahun 1976. Berikutan itu, SMKA Sheikh

                   Haji  Othman  Abdul  Wahab  telah  dipilih  untuk  melaksanakan  suatu  kurikulum
                   baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum

                   Bersepadu Tahfiz (KBT) di bawah Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
   1   2   3   4   5   6   7   8