Page 4 - Bahan TMUA
P. 4

Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) mula dilaksanakan di SMKA Sheikh Haji
                   Othman Abdul Wahab pada tahun 2017 kira-kira 4 tahun lepas iaitu pelajar sedang

                   berada di Tingkatan 4 pada tahun semasa. Ini bermakna generasi pertama Program

                   Tahfiz  Model  Ulul  Albab  (TMUA)  akan  menduduki  peperiksaan  Sijil  Pelajaran

                   Malaysia (SPM) pada tahun  2021 iaitu pada tahun hadapan.


                   Pelajar Tingkatan 1 sesi 2020 ini merupakan generasi yang ke 4 di bawah Program

                   Tahfiz  Model  Ulul  Albab  (TMUA)  ini.  Program  Karantina  bagi  orientasi  pelajar

                   Tingkatan  1  Tahun  2020  telah  diadakan  pada  13-17  Januari 2020  di Dewan  Abu
                   Bakar  As-Siddiq,  SMKA  Sheikh  Haji  Othman  Abdul  Wahab.  Seramai  110  orang

                   pelajar Tingkatan 1 ambilan pertama Tahun 2020 telah mengikuti program ini dan

                   44 orang Guru TMUA terlibat dalam menjayakan program ini.


                   OBJEKTIF:

                   Memberi  pendedahan  awal  kepada  para  pelajar  Tingkatan  1  tentang  kaedah
                   hafazan berkesan yang boleh mereka aplikasikan dalam sesi pembelajaran Hifz al-

                   Quran.



                   MAKSUD KARANTINA:
                   Program ini berteraskan konsep pengasingan (kuarantin) iaitu meninggalkan hal-hal

                   duniawi  yang  boleh  mengganggu  hafalan  seperti  telefon  pintar  dan  sebarang

                   hubungan  media  sosial  semasa  program  berlangsung.  Kunci  utama  program  ini

                   ialah mengutamakan FOKUS dalam hafazan.


                   KAEDAH YADAIN:

                   Dari segi bahasa Yadun      bermaksud tangan, manakala Yadain         membawa maksud
                   dua  tangan.  Dari  segi  istilah  pula,  Yadain  bermaksud  suatu  cara  untuk

                   memudahkan  hafalan  al-Quran  dengan  tujuan  mengingat  ayat-ayat,  terjemah,

                   asbabun  nuzul,  nama  surah,  nombor  ayat,  nombor  halaman,kedudukan  halaman
                   dan juzuk menggunakan visualisasi tadabbur dua tangan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9