Page 5 - Bahan TMUA
P. 5
DALIL:
Surah al-Qamar ayat 17, 22, 32 dan 40;
ۡ
ۡ
َ
١٧ رِكَّدُْم نِم ۡ لهَف ركِذلِل َناء ۡ رُقلٱ ان ۡ رَّسَي ۡ دَقَلو َ
َ
ٖ
َ
ِ
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang
yang mengambil pelajaran?
VISUALISASI TADABBUR:
Pelajar mampu membaca ayat al-Quran sambil memahami maknanya:
1. Siapa pelaku? (aku, kamu, dia, mereka, nama, asmaul husna)
2. Bagaimana sifat? (baik, jahat, beriman, kafir)
3. Di mana tempat? (dunia, akhirat, syurga, neraka)
AL-QURAN VIRTUAL:
Pelajar mampu mengimaginasi huruf per huruf, kata per kata dan satu halaman
penuh dengan membayangkan bentuk tulisan al-Quran tanpa melihat mushaf.
JARI QURAN:
Penomboran ayat yang terdapat pada al-Quran Yadain.
PRAKTIKAL:
1. Baca terjemah untuk visualisasi tadabbur.
2. Lihat ayat pada mushaf satu detik lalu diimaginasikan ayat tersebut.
3. Ulang bacaan satu baris pada al-Quran dalam 1 minit.
4. Ulangi bacaan dengan melihat terjemahan sahaja, ayat yang dihafal ditutup.
5. Target 15 minit selesai satu halaman.
6. Membaca kembali tiga hingga lima kali sebanyak satu halaman dalam waktu
lebih kurang 10 minit.
7. Ulangi baca ayat dengan bantuan terjemahan sedangkan ayat ditutup sebanyak
satu halaman penuh sampai hafalan lancar.
8. Tutup mushaf dan hafalkan sampai lancar satu halaman disertai Al-Quran Virtual.

