Page 12 - SukSeS
P. 12

TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM


                    1.  Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
                        baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibubapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
                        maruah seseorang.
                    2.  Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
                        seorang guru.
                    3.  Berusaha  dengan  sepenuhnya  menunaikan  tanggungjawab  kami  dengan  rajin  dan  bersungguh-
                        sungguh dan menggalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
                    4.  Sentiasa mengawasi diri kami daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion perguruan.
                    5.  Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
                    6.  Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa dan ambil inisiatif
                        untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat, adil, cekap
                        dan saksama.
                    7.  Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang
                        tidak berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Seorang pegawai tidak
                        boleh :-
                           a.  berkelakuan  dengan  sedemikian  cara  yang  mungkin  menyebabkan  kepentingan
                               persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
                           b.  berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
                               perkhidmatan awam.
                           c.  kurang cekap atau kurang berusaha
                           d.  tidak jujur atau tidak amanah
                           e.  tidak bertanggungjawab
                           f.  ingkar  perintah  atau  berkelakuan  dengan  apa-apa  cara  yang  boleh  ditafsirkan  dengan
                               munasabah sebagai ingkar perintah dan
                           g.  cuai dalam melaksanakan tugasnya
                    8.  Seorang  pegawai  tidak  boleh  tidak  bertanggungjawab.  Seorang  pegawai  dianggap  sebagai  telah
                        melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :-
                           a.  Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-
                               tugas mereka.
                           b.  Cuba mewujudkan suasana yang tegang di pejabat (atau bilik guru) dengan melaga-lagakan
                               rakan-rakan sejawat untuk keperluan diri sendiri.
                           c.  Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
                           d.  Tidak mempedulikan atau menjaga harta kerajaan sebagaimana yang sepatutnya kerana
                               harta tersebut bukan hartanya.
                           e.  Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah.



                    TINDAKAN TATATERTIB BOLEH DIAMBIL ATAS PEGAWAI-PEGAWAI YANG MELANGGAR
                                                 PERATURAN PEGAWAI AWAM.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17