Page 14 - SukSeS
P. 14
B. BILIK GURU / BILIK REHAT GURU
1. Bilik guru merupakan satu ruang untuk dijadikan tempat berehat dan bekerja dengan sebaik
mungkin.
2. MASA REHAT di bilik guru sebaik-baiknya digunakan untuk kerja-kerja memeriksa buku kerja murid,
membuat persediaan tertentu untuk mata pelajaran dan sebagainya.
3. Dilarang bermain dam, catur, karom, game dan sebagainya dalam bilik guru kerana mungkin
menimbulkan suasana kurang tenteram dan menjejaskan imej guru di kalangan murid, kakitangan
dan pekerja sekolah.
4. Jawatankuasa Bilik Guru hendaklah dipilih selewat-lewatnya sebelum hujung bulan Januari.
5. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab atas segala hal mengenai bilik guru dan guru-guru dari
segi kebajikan & sosial seperti urusan mengadakan jamuan, cenderamata, lawatan dan sebagainya.
6. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada pelajar dan staf sokongan dari segi kekemasan,
keteraturan dan ketenteramannya.
7. Adakan sudut bacaan / mini perpustakaan dengan mengadakan koleksi bacaan seperti jurnal,
majalah, akhbar dan sebagainya bagi dijadikan rujukan guru-guru.
8. Setiap rancangan atau projek yang dibuat oleh bilik guru hendaklah terlebih dahulu dibincangkan
dengan Guru Besar.
9. Semua guru diwajibkan menjadi ahli bilik guru.
10. PLC hendaklah dijadikan satu budaya dalam bilik guru supaya dapat meningkatkan professional
keguruan.
C. MENEPATI MASA
1. Guru dikehendaki sampai awal atau selewat-lewatnya 7.20 pagi dan balik pada pukul 1.30
petang.
2. Guru Bertugas hendaklah sampai awal atau selewat-lewatnya 7.10 pagi dan balik pada pukul 1.45
petang.
3. Sila “punch card” semasa sampai dan balik.
4. Kelewatan sampai ke sekolah hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar sebaik sampai dengan
menerangkan sebab mengapa berlaku kelewatan itu.
5. RPH hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis sebelum pukul 3.00 petang. Sebarang
kelewatan hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar.
6. Guru-guru hendaklah masuk ke kelas untuk mengajar dan meninggalkan kelas sebaik sahaja loceng
berbunyi /dibunyikan menandakan pertukaran waktu.
7. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa jadual waktu mengajarnya sedang berjalan
kecuali kerana hal-hal yang tidak boleh dielakkan atau diarahkan oleh Guru Besar. Semua masalah
yang berlaku dalam kelas semasa jadual waktu mata pelajaran guru berkenaan berlangsung .
8. Sekiranya terpaksa juga meninggalkan kelas kerana hal-hal, berilah kerja kerja-kerja yang sesuai
kepada murid-murid. Arahkan ketua kelas dan penolongnya mengawasi keadaan kelas.

