Page 15 - SukSeS
P. 15

D.  KELUAR MASA BERTUGAS

                    1.  Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari sekolah semasa bertugas KECUALI dengan kebenaran Guru
                       Besar.
                    2.  Guru yang dibenarkan keluar hendaklah:
                           a.  Mengisi borang dan buku kebenaran keluar
                           b.  “Punch card” untuk keluar
                           c.  Menulis kenyataan di ruang kenyataan di “punch card”
                           d.  “Punch card” setelah kembali semula ke sekolah
                    3.  Kebenaran keluar hanya akan diberi dalam keadaan yang amat mendesak.
                    4.  Kenyataan Keluar Sekolah hendaklah dicatatkan dalam borang kebenaran keluar yang disediakan
                       di pejabat sekolah.
                    5.  Guru dikehendaki menggantikan PdPc yang ditinggalkan.




                                       E.  MOHON CUTI / TIDAK HADIR KE SEKOLAH


                    1.  Sekiranya guru-guru tidak dapat bertugas oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, guru-guru
                       hendaklah:

                           a.  Memaklumkan kepada Guru Besar dengan selewat-lewatnya  sebelum waktu pertama sama
                               ada melalui telefon, surat atau pesanan dengan menyatakan sebab tidak dapat hadir bagi
                               urusan menyediakan jadual ganti.
                           b.  Memaklumkan kepada pejabat.
                           c.  Menulis kenyataan di ruang kenyataan di “punch card” pada hari bekerja seterusnya.
                    2.  Sekiranya KETIDAKHADIRAN kerana sakit, surat doctor hendaklah diperolehi dari hospital/Klinik
                       Kerajaan atau swasta dan hendaklah disampaikan kepada Guru Besar untuk tujuan rekod.
                    3.  Permohonan  cuti  rehat  khas  dan  cuti  tanpa  rekod  kerana  urusan-urusan  tetentu  hendaklah
                       dimaklumkan kepada Guru Besar dahulu, kemudian mengisi permohonan melalui Sistem Hrmis .
                       Permohonan perlu dimaklumkan kepada penyokong cuti tersebut dengan segera.
                    4.  Permohonan cuti separuh gaji atau tanpa gaji hendaklah dibincangkan dahulu dengan Guru Besar
                       sebelum permohonan dibuat kepada Pengarah Pendidikan Negeri melalui Guru Besar.

                    5.  Bagi  tujuan  lawatan  keluar  negara,  kelulusan  hanya  dibenarkan  pada  waktu  cuti  sekolah  dan
                       permohonan ke JPNJ hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh lawatan. JPNJ hanya
                       mendaftarkan insurans untuk satu tahun sekali sahaja.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20