Page 13 - SukSeS
P. 13

PANDUAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF SEKOLAH


                                                        A.  SIKAP GURU

                    1.  Panduan  Perkhidmatan  Cemerlang  dan  Tatasusila  Profesion  Perguruan  menjadi  panduan  dan
                        amalan.
                    2.  Jadikan pekerjaan guru itu sebagai satu Amal Ibadat dan Profesion Mulia.
                    3.  Hubungan  Guru  Besar  dengan  guru-guru  berlangsung  dengan  penuh  kejujuran  dan
                        bertanggungjawab.
                    4.  Jaga batasan pergaulan di antara guru-guru / kakitangan dan pelajar semasa bertugas.
                    5.  Pelajar dididik sebagai ANAK SENDIRI. Masa depan mereka adalah tanggungjawab kita.
                    6.  Elakkan daripada melakukan apa jua yang dianggap sumbang, pecah amanah, ponteng tugas dan
                        lain-lain.
                    7.  Sentiasa berinisiatif dan gigih berusaha bagi menaikkan imej sekolah dalam segala bidang.
                    8.  Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan kepimpinan yang dinamis serta cekap menjalankan tugas.
                    9.  Sentiasa  bekerjasama  dalam  hal-hal  berhubung  dengan  tugas  dan  tanggungjawab  dalam
                        perkhidmatan.
                    10. Jauhkan sikap memencilkan diri atau berkelompok sesame jenis, kaum, kelayakan atau kelulusan.
                    11. Bersikap musyawarah, diplomasi dan kompromi bagi mengelakkan salah faham.
                    12. Sentiasa menjaga penampilan diri dari segi fizikal diri atau berkomunikasi.
                    13. Cuba mengenali seberapa ramai ibubapa / penjaga pelajar, ahli PIBG, pegawai PPD, JPNJ dan KPM.
                    14. Sama-sama bertanggungjawab menjaga rahsia sekolah.
                    15. Sentiasa  peka  dengan  perkhidmatan  dan  perjawatan  seperti  Perintah  Am,  Pekeliling-pekeliling
                        Ikhtisas dan lain-lain yang berkaitan untuk persediaan dan latihan kepimpinan.
                    16. Menggalakkan semangat kerjasama dan menanamkan PERANAN KEKITAAN dan KEKELUARGAAN.
                    17. Sebarang masalah yang timbul hendaklah dirundingkan dengan Guru Besar atau wakilnya.
                    18. Mendapatkan kebenaran Guru Besar bila memesan dan membeli alat atau barang kegunaan sekolah.
                    19. Prinsip “JANGAN BUAT KEPADA ORANG APA YANG KITA TIDAK SUKA ORANG LAIN BUAT KEPADA
                        DIRI KITA” hendaklah dijadikan amalan.
                    20. Menjalankan semua projek yang dirancang dengan sempurna.
                    21. Bertanggungjawab di atas pencapaian pendidikan murid kerana kejayaan murid adalah kejayaan
                        guru menjalankan tugas kurikulum dan kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan.
                    22. Mengadakan kelas tambahan jika perlu.
                    23. Membawa surat jaminan (GL) dari sekolah bagi rawatan di hospital.
                    24. Mendapat surat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu sekiranya hendak berurusan secara
                        rasmi dengan PPD, JPNJ dan Kementerian Pendidikan.
                    25. Jika  berpindah  dari  sekolah  ini,  hendaklah  terlebih  dahulu  menyempurnakan  semua  kerja    dan
                        membuat penyerahan serta memulangkan semua harta kepunyaan sekolah.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18