Page 16 - SukSeS
P. 16

F.  URUSAN DENGAN PEJABAT SEKOLAH


                    1.  Guru-guru  dibenarkan  masuk  ke  pejabat  sekolah  sekiranya  ada  urusan  penting.  Ini  bagi
                       mengelakkan  berlakunya  kesibukan  dan  bising  kerana  perbualan  atau  pertengakaran  boleh
                       menggangu perjalanan tugas-tugas di pejabat.

                    2.  Penggunaan  telefon  sekolah  oleh  guru-guru  hanya  dibenarkan  bagi  urusan  tugas  dan  jawatan.
                       Penggunaan telefon sekolah kerana urusan peribadi adalah tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan
                       kecemasan dan dicatatkan dalam buku penggunaan telefon di pejabat.

                    3.  Alat-alat yang menjadi hak sekolah adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan bagi tujuan
                       peribadi. Alat yang dimaksudkan termasuklah mesin pendua, komputer, printer, mesin kira, fail,
                       kertas dan sebagainya.

                    4.  Guru-guru yang memerlukan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan sesuatu dokumen seperti
                       Salinan  sijil,  tuntutan  perjalanan,  perjanjian,  permohonan  perlantikan  sebagai  pemeriksa  dan
                       sebagainya hendaklah dihantar sendiri kepada Guru Besar pada bili-bila masa Guru Besar ada di
                       pejabatnya.
                    5.  Perkara-perkara peribadi berhubung perjawatan dan  perkhidmatan  hendaklah diambil perhatian
                       dan difahami dengan jelas. Diantaranya ialah
                           a.  Kenaikan gaji tahunan
                           b.  Surat perlantikan dan pengesahan dalam jawatan
                           c.  Kemasukan dalam jawatan berpencen
                           d.  Tarikh perlantikan dan pengesahan dalam jawatan
                           e.  Kursus-kursus perjawatan
                           f.  Potongan Cukai Pendapatan, Pinjaman, KWSP dan lain-lain.
                           g.  Pertukaran
                           h.  Cuti
                           i.  Maklumat e-Operasi

                    6.  Semua  permohonan  atau  surat  menyurat  berhubung  dengan  perjawatan  dan  perkhidmatan
                       hendaklah melalui Guru Besar.


                                                       G.  AM (Penting)


                    1.  Setiap  guru  yang  ingin  mengambil  bahagian  yang  cergas  dalam  polotik  hendaklah  membuat
                       permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk tindakan dan pertimbangan.
                    2.  Guru yang dikehendaki membawa pelajar keluar untuk kegiatan kokurikulum  tidak boleh menolak
                       tugas tersebut. Guru mesti berada bersama pelajar sepanjang aktiviti tersebut.
                    3.  Guru-guru yang menghadiri kursus diminta menyampaikan semula kursus tersebut kepada guru-
                       guru lain di sekolah secara “In-house training”.

                    4.  Guru-guru  yang  diarahkan  untuk  mengawas  peperiksaan  UPSR,  SPM,  STAM  dan  STPM  tidak
                       dibenarkan menolak atau menggantikan dengan orang lain kecuali dengan izin Guru Besar.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21