Page 29 - Buku dasar sekolah
P. 29

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        12.0   PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


         12.1    PENGENALAN

        12.1.1  Pendidikan  Teknik  dan  Vokasional  (PTV)  diwujudkan  bagi  menyediakan
                modal insan yang berkemahiran tinggi, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan
                agar sentiasa relevan dalam membantu menyokong pembangunan ekonomi
                negara serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan kepada semua murid.

         12.2    PERNYATAAN DASAR

        12.2.1  Memastikan murid yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional terus
                berada dalam sistem persekolahan.

        12.2.2  Memastikan  penyediaan  lebih  ramai  tenaga  kerja  yang  berkelayakan,
                fleksibel, berfikiran kreatif, mahir dan terlatih serta mempunyai nilai murni
                bagi memenuhi keperluan perindustrian dan pemodenan negara.

        12.2.3  Memastikan sistem PTV diperkukuh supaya relevan dengan pembangunan
                ekonomi semasa negara.

         12.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        12.3.1  Memperkasakan kurikulum PTV supaya murid lepasan PTV mempunyai
                laluan  kerjaya  yang  jelas,  luas,  nilai  kebolehpasaran,  menguasai
                kemahiran keusahawanan dan kebolehkerjaan.

        12.3.2  Menawarkan  lebih  banyak  peluang  kepada  murid  mengikuti  pendidikan
                dalam aliran vokasional dan aliran kemahiran.

        12.3.3  Menambah bilangan sekolah dan bidang vokasional yang menjurus kepada
                keperluan sektor ekonomi, perkhidmatan dan industri.
        12.3.4  Memupuk nilai murni dalam kalangan murid PTV ke arah melahirkan tenaga
                mahir yang berintegriti serta berakhlak mulia.

        12.3.5  Memperkenalkan program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) kepada murid
                seawal  Tingkatan  Satu  bagi  membolehkan  mereka  mendapat  peluang
                mengikuti aliran vokasional dan mendapatkan sijil kemahiran yang bersesuaian.
        12.3.6  Meningkatkan penglibatan industri dan badan profesional supaya lulusan
                PTV mendapat pengiktirafan daripada badan bertauliah.

        12.3.7  Memperkasakan  Sekolah  Niaga  (School  Enterprise)  lepasan  PTV
                mempunyai jati diri yang tinggi dan memiliki nilai-nilai keusahawanan.
        12.3.8  Meningkatkan jalinan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam
                dan  institusi  pendidikan  tinggi  swasta  dari  dalam  dan  luar  negara  bagi
                mewujudkan laluan ke institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.
        12.3.9  Mengarusperdanakan aliran PTV sebagai pilihan utama.


    20
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34