Page 26 - Buku dasar sekolah
P. 26

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           10.0   PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH (TINGKATAN ENAM)



            10.1   PENGENALAN
           10.1.1  Pendidikan lepas menengah disediakan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran
                  Malaysia yang layak. Pendidikan untuk murid menengah atas ini bertujuan
                  untuk  memperkukuh  pengetahuan  dan  kemahiran  mereka  sebagai
                  persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi
                  pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara.

           10.1.2   Pendidikan Lepas Menengah telah dijenamakan semula bermula dengan
                  menambah  perjawatan  kenaikan  pangkat,  sistem  jadual  waktu  dan
                  pengurusan yang baharu serta pengenalan sistem modular mulai 2012.

           10.1.3   Dalam  sistem  Pentaksiran  Modular,  aspek  kemahiran  insaniah  akan
                  diterapkan.  Aspek-aspek  tersebut  ialah  kemahiran  komunikasi,  kerja
                  berpasukan,  kepimpinan,  pemikiran  kritis,  penyelesaian  masalah,
                  pengurusan maklumat, etika dan moral.

           10.1.4  Pada  penghujung  tempoh  persekolahan,  murid  akan  menduduki
                  pentaksiran  peringkat  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM)  dan
                  Malaysian University English Test (MUET) mengikut peruntukan Akta Majlis
                  Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225].


            10.2   PERNYATAAN DASAR

           10.2.1  Memastikan murid yang mengikuti Pendidikan Lepas Menengah berupaya
                  meningkatkan keupayaan diri dari segi intelektual, daya kepimpinan, jati diri
                  dan semangat yang tidak mudah luntur sebagai persediaan memasuki ke
                  peringkat pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.

           10.2.2  Memastikan  sukatan  pelajaran  dan  spesifikasi  ujian  mata  pelajaran
                  digubal bersesuaian dengan tahap prauniversiti dan keperluan pendidikan
                  semasa.

           10.2.3  Memastikan kualiti keputusan pentaksiran menepati piawai yang ditetapkan
                  dan mendapat pengiktirafan institusi pengajian tinggi.














                                                                                      17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31