Page 24 - Buku dasar sekolah
P. 24

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           9.0    SEKOLAH BERASRAMA PENUH



            9.1    PENGENALAN
           9.1.1   Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan
                  suasana  persekolahan  dan  pembelajaran  yang  terancang,  terkawal  dan
                  sempurna  bagi  memupuk  serta  mengembangkan  potensi  murid  yang
                  cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab
                  terhadap agama, bangsa dan negara.

           9.1.2   SBP  juga  ialah  wadah  terbaik  dalam  menjana  insan  yang  mempunyai
                  kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan
                  kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional
                  yang dapat memenuhi aspirasi negara.

            9.2    PERNYATAAN DASAR

           9.2.1   Memastikan murid luar bandar daripada keluarga kurang berkemampuan yang
                  berpotensi  dari  segi  akademik  mendapat  pendidikan  yang  lebih  sempurna
                  dengan menyediakan sekurang-kurang 70 peratus tempat di SBP.

           9.2.2   Memastikan  peningkatan  bilangan  murid  bumiputera  yang  mendapat
                  pendidikan berkualiti.

           9.2.3   Menyediakan  kemudahan  dan  iklim  pembelajaran  yang  kondusif  bagi
                  membolehkan murid mencapai tahap kecemerlangan dalam kurikulum dan
                  kokurikulum.

           9.2.4   Memastikan SBP melahirkan murid yang memiliki keperibadian unggul iaitu
                  berilmu, berkemahiran dan beretika mulia serta berketerampilan.

           9.2.5   Memastikan SBP melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti.

           9.2.6   Memastikan  SBP  membina  watak  sekolah  bercirikan  kecemerlangan
                  yang  boleh  dijadikan  penandaarasan  di  peringkat  kebangsaan  dan
                  antarabangsa.















                                                                                      15
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29