Page 30 - Buku dasar sekolah
P. 30

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           13.0   PENDIDIKAN KHAS



            13.1   PENGENALAN
           13.1.1  Pendidikan khas diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid
                  berkeperluan  khas  yang  telah  dikenal  pasti  mempunyai  kurang  upaya
                  penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang
                  upaya fizikal dan kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah, rendah,
                  menengah dan lepas menengah.

           13.1.2  Pendidikan  bagi  murid  berkeperluan  khas  dilaksanakan  di  sekolah
                  pendidikan  khas,  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  dan  Program
                  Pendidikan Inklusif.

           13.1.3  Di  peringkat  menengah,  KPM  menyediakan  pendidikan  berasaskan
                  akademik atau vokasional bagi murid berkeperluan khas.


            13.2   PERNYATAAN DASAR

           13.2.1  Memastikan murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mendapat akses
                  kepada pendidikan yang sesuai dan relevan.

           13.2.2  Memastikan  program  pendidikan  bagi  murid  berkeperluan  khas  sesuai
                  dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan
                  menjalani hidup yang berkualiti.

           13.2.3  Memastikan murid berkeperluan khas yang berpotensi diberi peluang untuk
                  ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan
                  prinsip pendidikan untuk semua.

            13.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           13.3.1  Menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti, relevan dan sesuai
                  untuk murid berkeperluan khas.
           13.3.2  Menyediakan  lebih  banyak  peluang  dalam  bidang  kemahiran  dan
                  vokasional.

           13.3.3  Menyediakan  peluang  yang  sama  kepada  murid  berkeperluan  khas
                  berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana.

           13.3.4  Melaksanakan  intervensi  awal  bagi  kanak-kanak  berkeperluan  khas
                  dari  peringkat  prasekolah  atau  perkhidmatan  di  Pusat  Perkhidmatan
                  Pendidikan Khas (3PK).



                                                                                      21
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35