Page 33 - Buku dasar sekolah
P. 33

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        15.0   PROGRAM PEMULIHAN KHAS



         15.1    PENGENALAN
        15.1.1  Program Pemulihan Khas merupakan program khusus untuk murid tahap
                satu yang menghadapi kesulitan menguasai kemahiran asas 3M.

        15.1.2  Penekanan terhadap Program Pemulihan merupakan perkara penting yang
                perlu dilakukan bagi memastikan semua murid menguasai aspek literasi
                dan numerasi.

         15.2    PERNYATAAN DASAR

        15.2.1  Memastikan murid yang menghadapi menguasai kemahiran asas 3M diberi
                pemulihan khas.

         15.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        15.3.1  Menstruktur semula kaedah pelaksanaan Program Pemulihan berdasarkan
                keperluan dan kumpulan murid pemulihan.

        15.3.2  Menambah  baik  kaedah  dan  strategi  pengajaran  dan  pembelajaran
                Pemulihan Khas untuk membantu penguasaan kemahiran 3M murid dalam
                tempoh intervensi.
        15.3.3  Melaksanakan pelantikan dan penempatan guru Pemulihan Khas mengikut
                opsyen, keperluan dan kesesuaian.
        15.3.4  Memantau dan menilai kemajuan prestasi program pemulihan di sekolah
                bagi setiap murid.
        15.3.5  Meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan, dan badan
                bukan kerajaan dalam program peningkatan penguasaan kemahiran 3M
                murid.



















    24
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38