Page 35 - Buku dasar sekolah
P. 35

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        17.0   PENDIDIKAN ISLAM



         17.1    PENGENALAN
        17.1.1  Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam sistem
                pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum
                Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Islam menyatakan bahawa:

                       “Pendidikan Islam ialah suatu usaha berterusan untuk
                       menyampaikan  ilmu,  kemahiran  dan  penghayatan
                       Islam  berdasarkan  Al-Quran  dan  As-Sunnah  bagi
                       membentuk sikap, kemahiran, keperibadian mulia dan
                       pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
                       tanggungjawab  untuk  membantu  diri,  masyarakat,
                       alam  sekitar  dan  negara  ke  arah  mencapai  kebaikan
                       di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.”
        17.1.2  Matlamat pendidikan Islam di sekolah agama KPM adalah untuk membentuk
               insan  seimbang  berteraskan  kekuatan  ilmu,  iman  dan  amal  berasaskan
               Al-Quran  dan As-Sunnah  dan  berlandaskan  pegangan Ahli  Sunnah  Wal
               Jamaah aliran mazhab al-Syafie.


         17.2    PERNYATAAN DASAR
        17.2.1  Memastikan  Pendidikan  Islam  dan  program  dakwah  dan  syiar  Islam
                dilaksanakan di mana-mana institusi pendidikan yang mempunyai  murid
                Islam.

        17.2.2  Memastikan  Pendidikan  Islam  di  Malaysia  bertaraf  dunia  dan  menjadi
                penanda aras di peringkat antarabangsa dalam menjana generasi berilmu,
                beriman dan beramal soleh.

        17.2.3  Memastikan  setiap  murid  Islam  berpeluang  mengikuti  Pendidikan  Islam
                dan Bahasa Arab yang berkualiti.

        17.2.4  Memastikan sekolah agama KPM sebagai institusi pendidikan agama terbaik
                yang menawarkan pelbagai program Pendidikan Islam yang berkualiti dan
                terancang ke arah melahirkan teknokrat yang beragama dan ulamak yang
                berwibawa.













    26
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40