Page 78 - Buku dasar sekolah
P. 78

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


           43.3.6  Meningkatkan  peranan  Institut  Terjemahan  Negara  Malaysia  (ITNM)
                  melalui:

                  i.   khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
                  ii.   memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan
                      dan antarabangsa;
                  iii.   meningkatkan  prasarana  untuk  menunjang  kelestarian  industri
                      terjemahan;
                  iv.   memperbanyak  terjemahan  dan  penerbitan  bahan  pengetahuan
                      berkualiti ke dalam bahasa Melayu;
                  v.   memperbanyak  usaha  penterjemahan  dan  penerbitan  karya  penting
                      kebangsaan ke bahasa lain;
                  vi.   melahirkan  modal  insan  yang  cemerlang  dan  berkemahiran  tinggi
                      melalui  kursus  dan  latihan  berkaitan  terjemahan  dan  kemahiran
                      berbahasa dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh kerjasama
                      dalam  penyediaan  pendidikan  perkongsian  melalui  latihan  industri
                      kepada golongan siswazah;
                  vii.  memperluas  promosi  dan  pemasaran  khidmat  dan  produk  ITNM  di
                      peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
                  viii.  menyokong  dan  mendukung  segala  usaha  kerajaan  dan  pihak
                      berkepentingan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh
                      Bahasa Inggeris melalui industri terjemahan; dan
                  ix.   memantapkan  keupayaan,  kapasiti  dan  tadbir  urus  organisasi  untuk
                      memberikan khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa.

           43.3.7  Melaksanakan promosi penjualan buku secara agresif melalui media cetak,
                  media elektronik, dan pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala
                  Lumpur.
           46.3.8  Memperluas rangkaian perpustakaan di seluruh negara.

           46.3.9  Mempertingkat peranan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

           46.3.10 Menyelaras  pengembangan  budaya  membaca  melalui  aktiviti  galakan
                  membaca kepada masyarakat.

















                                                                                      69
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82