Page 74 - Buku dasar sekolah
P. 74
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DASAR DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
41.0 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAN EKUITI
41.1 PENGENALAN
41.1.1 KPM berhasrat untuk memastikan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan yang
menjadi tunjang agenda pendidikan negara dapat diteruskan tanpa mengira
jenis sekolah, lokasi dan kaum. Bagi tujuan tersebut KPM akan menyediakan
pendidikan percuma dari peringkat rendah ke peringkat menengah.
41.1.2 Pendidikan percuma ditakrifkan sebagai komitmen KPM dalam
menyediakan pembangunan infrastruktur, kemudahan asas dan bantuan
sokongan persekolahan.
41.2 PERNYATAAN DASAR
41.2.1 Memastikan semua murid daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.
41.2.2 Menyediakan pendidikan sekurang-kurangnya 11 tahun dengan mewajibkan
semua kanak-kanak bersekolah di peringkat rendah tanpa mengira agama,
kaum dan status ekonomi.
41.3 STRATEGI PELAKSANAAN
41.3.1 Meningkatkan kadar penyertaan dan kadar transisi di semua peringkat sekolah.
41.3.2 Menyediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke peringkat
menengah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
41.3.3 Melaksanakan kenaikan kelas secara automatik dari peringkat rendah,
menengah rendah hingga ke peringkat menengah atas.
41.3.4 Menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada murid seperti kemudahan
asrama, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Biasiswa Kecil Persekutuan,
Biasiswa Kelas Persediaan Universiti, Rancangan Makanan Tambahan,
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan elaun khas kepada murid
berkeperluan khas.
41.3.5 Mengadakan pelbagai program pendidikan untuk murid seperti
berkeperluan khas, kaum peribumi, pesalah juvana serta pintar cerdas dan
berbakat.
41.3.6 Memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk memastikan anak mereka
bersekolah.
41.3.7 Meningkatkan infrastruktur yang mencukupi dan berkualiti untuk
melaksanakan kurikulum dan kokurikulum dengan berkesan.
65

