Page 73 - Buku dasar sekolah
P. 73

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


        40.3.4  Mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan di institusi pendidikan yang
                bahasa pengantar utama bukan Bahasa Kebangsaan.

        40.3.5  Menambah  baik  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran  mata
                pelajaran sejarah melalui pendekatan yang lebih menarik minat murid untuk
                memahami kepelbagaian bangsa dan sejarah negara.

        40.3.6  Menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan
                Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2014.

        40.3.7  Menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab
                Komunikasi sebagai bahasa tambahan di SK.

        40.3.8  Menerapkan  unsur  perpaduan  melalui  pembelajaran  mata  pelajaran
                komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
        40.3.9  Menambah baik pembelajaran bahasa Melayu di SJK(C) dan SJK(T).

        40.3.10 Mengadakan  pembelajaran  bahasa  etnik  di  sekolah  jika  didapati
                munasabah  dan  praktik  berbuat  demikian  serta  jika  ibu  bapa  kepada
                sekurang-kurangnya 15 orang murid di sekolah itu memintanya.

        40.3.11 Menjadikan  sekolah  sebagai  institusi  masyarakat  untuk  melaksanakan
                pelbagai aktiviti sosial yang sihat.

        40.3.12 Mempelbagai,  memperkukuh  dan  memperluas  aktiviti  kokurikulum  untuk
                memupuk semangat perpaduan.

        40.3.13 Menerapkan unsur patriotisme melalui pelbagai program pendidikan.

        40.3.14 Memperluas  program  kokurikulum  secara  integrasi  antara  jenis  sekolah
                melalui Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).























    64
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78