Page 75 - Buku dasar sekolah
P. 75

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        42.0   PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN



         42.1    PENGENALAN
        42.1.1  Pengantarabangsaan  Pendidikan  bermaksud  usaha  memacu  sistem
                pendidikan  di  Malaysia  dengan  mengetengahkan  bukan  sahaja  amalan
                dan produk terbaik pendidikan negara, malah memberi sumbangan ke arah
                pengayaan ilmu dan menjadi penanda aras di peringkat global.

        42.1.2  Usaha pengantarabangsaan bukan lagi satu alternatif tetapi telah menjadi
                satu keperluan bagi memastikan kualiti pendidikan di Malaysia setanding
                dengan pencapaian negara-negara maju.

        42.1.3  KPM turut memainkan peranan aktif dalam pelbagai program pendidikan di
                peringkat antarabangsa khususnya dalam memajukan pendidikan secara
                dua hala (bilateral) dan pelbagai hala (multilateral).


         42.2    PERNYATAAN DASAR

        42.2.1  Meningkatkan  dan  memantapkan  kualiti  sistem  pendidikan  negara  ke
                arah menghasilkan modal insan dan program pendidikan menjadi produk
                pendidikan yang berupaya bersaing di peringkat global.
        42.2.2  Mengetengahkan  agensi/institusi,  program/aktiviti  dan  pakar/ilmuan
                pendidikan tempatan ke peringkat antarabangsa sehingga membolehkan
                pihak luar menjadikan Malaysia sebagai rujukan bagi bidang-bidang tertentu
                dalam pendidikan.

        42.2.3  Menambah baik Kurikulum Kebangsaan sedia ada dengan mengadaptasi
                amalan  terbaik  antarabangsa  yang  disesuaikan  dalam  konteks  negara
                Malaysia.

         42.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        42.3.1  Mewujudkan jalinan komunikasi dengan menggunakan TMK antara warga
                pendidik dan sekolah dengan sekolah luar negara untuk bertukar maklumat
                dalam pelbagai bidang pendidikan, kepimpinan dan pengurusan  pendidikan,
                amalan terbaik, teknologi, kebudayaan, sukan, permainan dan kesenian.

        42.3.2  Mengadakan  pendekatan,  piawaian  dan  penanda  aras  yang  lebih  tepat
                serta  bersesuaian  dengan  ciri  dan  keperluan  kluster  institusi  pendidikan
                sedia ada dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan
                pendidikan  bertaraf antarabangsa.




    66
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80