Page 77 - Buku dasar sekolah
P. 77

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        43.0   DASAR BUKU NEGARA



         43.1    PENGENALAN
        43.1.1  Dasar  Buku  Negara  bertujuan  membentuk  masyarakat  yang  membaca.
                Dasar  ini  juga  bertujuan  menanam  kesedaran  bahawa  buku  dapat
                memperkaya kehidupan manusia dan seterusnya melahirkan persefahaman
                serta  perdamaian  antara  masyarakat  yang  berbilang  bangsa  dengan
                pelbagai budaya.

        43.1.2  Hasrat  Dasar  Buku  Negara  adalah  untuk  memastikan  semua  kegiatan
                pembangunan buku dianggap sebagai sebahagian daripada perusahaan
                pendidikan dan diiktiraf sebagai salah satu perusahaan penting.


         43.2    PERNYATAAN DASAR
        43.2.1  Menjadikan buku dalam bahasa Melayu sebagai alat pembangunan fikiran,
                sosial dan  kebudayaan, sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara.

        43.2.2  Menggalakkan  penerbitan  buku  dalam  bahasa  Melayu  dan  bahasa  lain
                yang sesuai untuk semua golongan masyarakat.

        43.2.3  Menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat membaca.

        43.2.4  Memastikan buku yang diterbitkan berkualiti dari segi isi kandungan dan
                bentuk fizikalnya.


         43.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        43.3.1  Menyelaras pelaksanaan Dasar Buku Negara di peringkat kebangsaan dan
                antarabangsa.

        43.3.2  Menyelaras  dan  memantau  semua  aktiviti  gerakan  membaca  peringkat
                kebangsaan yang dianjurkan.
        43.3.3  Merancang  pelaksanaan  industri  buku  ke  arah  membudayakan  tabiat
                membaca.

        43.3.4  Merancang pelaksanaan pembangunan profesionalisme industri buku.

        43.3.5  Membangunkan tenaga penulis tempatan dengan memupuk bakat berkarya
                melalui latihan formal dan tidak formal; bantuan fizikal dan kewangan serta
                galakan seperti hadiah penulisan dan sebagainya.





    68
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82