Page 56 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 56

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                              PROFESIONALISME  PERGURUAN



              1.  TANGGUNGJAWAB  TERHADAP  MURID

                  1.    Lebih mengutamakan kebajikan murid dan keselamatan murid kami daripada
                        hal-hal lain.
                  2.    Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
                        mental, emosi, politik ekonomi, sosial keturunan dan agama.
                  3.    Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada ibu/
                        bapa/ penjaga murid yang berhak mengetahuinya.
                  4.    Membimbing  atau  mengajar  seseorang  murid  dalam  darjah  sendiri  atau
                        dalam  matapelajaran-matapelajaran  yang  diajar  di  bilik  darjah  tanpa
                        sebarang bayaran.
                  5.    Menunjukkan  satu  cara  pakaian,  peraturan  dan  tingkah  laku  yang  dapat
                        memberikan contoh yang baik kepada masyarakat.
                  6.    Memelihara  dan  memperbaiki  kecekapan  ikhtisas  melalui  pengkajian,
                        penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat
                        atau seminar supaya pengajara mencapai mutu yang terbaik.

              2.  TANGGUNGJAWAB  TERHADAP  IBUBAPA

                  1.    Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
                  2.    Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara
                        institusi pendidikan dan rumahtangga.
                  3.    Mengganggap  bahawa  semua  maklumat  yang  diberikan  oleh  ibu  bapa
                        mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit
                        dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang
                        berhak mengetahuinya.
                  4.    Memberikan  maklumat  kepada  ibu  bapa  demi  kepentingan  anak-anak
                        mereka,  dan  menggunakan  maklumat  yang  diterima  daripada  ibu  bapa
                        secara teliti dan bijaksana.
                  5.    Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
                        atau ekonomi ibu bapa murid.
                  6.    Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
                        boleh  menjejaskan  kepercayaan  murid  terhadap  ibu  bapa  atau  penjaga
                        mereka.

              3.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

                  1.    Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
                        kepentingan  murid,  masyarakat  atau  negara  ataupun  yang bertentangan
                        dengan rukun negara.
                  2.    Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan
                        membimbing        mereka      menjadi     warganegara       yang     taat    setia,
                        bertanggungjawab  dan  berguna,  menghormati  adanya  perbezaan
                        kebudayaan, keturunan dan agama.
                  3.    Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
                        tanggungungjawab  sebagai  seorang  warganegara  yang  sentiasa  sanggup
                        mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
                  4.    Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa
                        institusi pendidikan dengan masyarakat.
                  5.    Memberi  sumbangan  cergas  untuk  meninggikan  kehidupan,  moral
                        kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat.




                                                            53
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61