Page 61 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 61
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
7.6. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat. Diberikan kepada pegawai
yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai
cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau
isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk
hari rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada
kepentingan perkhidmatan.
7.7. Cuti kuarantin (PP bil 11/2016) memerlukan perakuan secara bertulis
atau sijil sakit yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan kerajaan
atau swasta. Tempohnya 5 hari bagi setiap kes.
8. PAKAIAN
8.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion
perguruan dan masyarakat. Semua jenis pakaian 'jeans' tidak
dibenarkan.
8.2. Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan, skirt, pakaian nipis,
ketat, menampakkan bentuk badan dan mendedahkan aurat tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.
8.3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang
rambut yang sesuai.
8.4. Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru
perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/ bukan
sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
8.5. Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari
Khamis.
8.6. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum
dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
8.6.1. Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang
sesuai, kemeja T berlengan panjang labuhnya melebihi
paras punggung, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan
atau kasut getah tanpa tumit.
8.6.2. Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.
Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan
atau kasut getah tanpa tumit.
8.7. Perkara yang perlu difokuskan adalah kesan penampilan secara
kemas dan konsisten terhadap karisma seorang guru.
8.8. Murid melihat guru yang berkarisma sebagai idola yang dapat
memotivasi untuk tampil bergaya secara professional setiap hari. Bagi
guru perempuan biarlah tampak berseri dengan mekap yang ringan.
9. TANDA NAMA
9.1. Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama
pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada
urusan rasmi di luar sekolah.
10. INISIATIF GURU
10.1. Guru-guru adalah sentiasa digalakkan untuk mengambil inisiatif bagi
melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.
10.2. Walaubagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan
dan membincangkan serta memaklumkan mengenainya terlebih
dahulu kepada Guru Besar.
58

