Page 60 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 60

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                  7.     CUTI
                         Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Perkeliling Kementerian Pelajaran KP
                         (PP)  0046.SJ/A  (30)  bertarikh  24  Disember  1993,  guru  berkelayakan
                         mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru
                         boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada
                         jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada
                         tugas mengajar biasa.

                         7.1.   Cuti Rehat Khas (CRK)
                                7.1.1.       Cuti Sambilan tidak lebih daripada sepuluh hari (10) hari
                                             yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
                                             Bil 8 tahun 2017.Boleh diambil mengikut nisbah 10 hari
                                             dibahagi dengan 12 bulan.
                                7.1.2.       CRK perlu dipohon lebih awal. Selewat-lewatnya 7 hari
                                             sebelum tiba tarikh yang dipohon.
                                7.1.3.       Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh
                                             dibawa  ke  tahun  berikutnya  tetapi  dibenarkan  untuk
                                             dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian
                                             Rehat bagi pegawai yang layak.
                                7.1.4.       Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak
                                             menjejaskan  keberkesanan  pengurusan  pengajaran  dan
                                             pembelajaran di sekolah.
                                7.1.5.       Bilangan  hari  CRK  yang  diambil  adalah  berdasarkan
                                             tempoh  perkhidmatan  yang  melayakkan  dalam  tahun
                                             berkenaan.
                                7.1.6.       Bagi  guru  sandaran  dan guru  berelaun  mereka  boleh
                                             memohon Cuti Sambilan sebanyak 3 hari setahun
                         7.2.   Cuti Sakit
                                7.2.1.       Sijil  Sakit  yang  dikeluarkan  oleh  doktor  swasta  yang
                                             melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh
                                             Pegawai Perubatan Kerajaan.
                                7.2.2.       Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh
                                             melebihi 15 hari dalam setahun.
                                7.2.3.       Cuti  sakit  yang  melebihi  90  hari  setahun  sama  ada
                                             berterusan atau putus-putus akan dilaporkan Jabatan
                                             Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
                                7.2.4.       Semua  jenis  cuti  sakit  hendaklah  dilaporkan  kepada
                                             Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
                         7.3.   Cuti Keluar Negara Semua guru yang bercuti keluar negara mesti
                                mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di
                                pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
                         7.4.   Cuti Khas-Isteri Bersalin Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti
                                tanpa  rekod  kepada  anggota  perkhidmatan  awam  lelaki.
                                Pengiraannya  termasuk  semua  hari  rehat  dan  pelepasan  am.
                                Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada
                                kepentingan perkhidmatan.
                         7.5.   Cuti Tanpa Rekod Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti
                                gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela,
                                menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,
                                latihan  syarikat  kerjasama,  menduduki  peperiksaan,  mesyuarat
                                persatuan  ikhtisas,  mengambil  bahagian  sukan,  tugas  khas
                                perubatan.








                                                            57
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65