Page 58 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 58

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                BAB 1 PANDUAN AM



                  1.     PERINTAH AM

                         Selaku kakitangan  kerajaan, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah
                         tertakluk dengan arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan.
                         Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami dan juga
                         mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan

                  2.     ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
                         2.1.   Guru  dan  staf  sokongan  hendaklah  membaca,  memahami  dan
                                menghayati  Rukun  Negara,  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan,
                                Falsafah Pendidikan dan Matlamat Pendidikan, Etika Kerja Islam, Teras
                                Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
                         2.2.   Bersama  memahami,  berkongsi  dan  menghayati  Visi  dan  Misi
                                Sekolah.
                         2.3.   Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat
                                dan Objektif Sekolah.
                         2.4.   Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
                         2.5.   Dalam  menjalankan  tugas,  meletakkan  kepentingan  murid  dan
                                sekolah melebihi kepentingan peribadi.
                         2.6.   Semua guru adalah guru disiplin.
                         2.7.   Semua guru adalah guru kaunseling.

                  3.     KEDATANGAN
                         3.1.   Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang
                                ditetapkan.
                         3.2.   Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum
                                waktu  persekolahan  dan  merekod  waktu  semasa  sampai  dan
                                sebelum balik sekolah dan pejabat.
                         3.3.   Guru hendaklah memberitahu guru besar sekolah secepat mungkin,
                                kiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas
                                sebab-sebab yang munasabah.
                         3.4.   Semua  urusan  peribadi  guru  hendaklah  dilakukan  di  luar  waktu
                                persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
                         3.5.   Waktu  bekerja  semua  staf  sokongan  mengikut  waktu  bekerja
                                perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
                         3.6.   Guru bertugas perlulah hadir sebelum jam 7.00 pagi.

                  4.     KELUAR WAKTU BERTUGAS
                         4.1.   Pada  waktu  persekolahan/kerja  guru  dan  staf  sokongan  tidak
                                dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu
                                perkara  yang  tidak  dapat  dielakkan  dengan  syarat  mendapat
                                kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
                         4.2.   Guru dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan
                                tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan
                         4.3.   Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk murid sebelum
                                meninggalkan sekolah.
                         4.4.   Staf  sokongan  dikehendaki  mendapatkan  kebenaran  keluar
                                daripada Guru Besar/Penolong Kanan dan mengisi buku kebenaran
                                keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran.







                                                            55
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63