Page 59 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 59

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                         4.5.   Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar
                                dan masuk semula dalam buku kebenaran keluar.

                  5.     MELAKUKAN KERJA LUAR
                         Penjawat  awam  (termasuk  guru)  dibolehkan  melakukan  kerja  luar  dengan
                         mematuhi Perintah Am Bab "D" seperti berikut:-
                         5.1.   Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
                                Dibenarkan dengan syarat:-
                                5.1.1.   Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat.
                                5.1.2.   Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
                                5.1.3.   Tidak    dengan      apa-apa       cara     berkecenderungan
                                         bercanggah dengan kepentingan jabatan.

                  6.     DISIPLIN GURU
                         6.1.   Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion
                                dan bukan sebagai satu kerja
                                6.1.1.     Membaca, memahami serta boleh mentafsirkan dengan
                                           tepat akan kandungan ’’Perintah Am” dan lain arahan
                                           perkhidmatan.
                                6.1.2.     Bertanggungjawab         bagi    menentukan       pencapaian
                                           akademik dan pendidikan semua dengan memuaskan.
                                6.1.3.     Menjalankan  tugas-tugas  kokurikulum  seperti  mana  yang
                                           ditetapkan  dan  ditugaskan.  Setiap  kegiatan  yang
                                           melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama
                                           oleh guru perempuan.
                                6.1.4.     Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid
                                           hendaklah sentiasa dijaga.
                         6.2.   Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
                                6.2.1.     Menepati masa.
                                6.2.2.     Mencatat nama waktu tiba dan balik.
                                6.2.3.     Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
                                6.2.4.     Semua projek  yang dirancangkan di  peringkat  sekolah
                                           hendaklah dilaksanakan dengan sempurna.
                                6.2.5.     Guru ganti mestilah memasuki dan mengajar kelas-kelas
                                           yang telah ditetapkan.
                                6.2.6.     Hadir  ke  sekolah  bila-bila  masa  diperlukan  apabila
                                           diarahkan oleh Guru Besar.
                                6.2.7.     Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
                                6.2.8.     Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah
                                           dirundingkan.
                                6.2.9.     Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah meninggalkan
                                           murid untuk hal-hal yang tidak penting.
                         6.3.   Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
                                6.3.1.     Adalah  menjadi  tanggungjawab  bersama  guru-guru
                                           terhadap masalah disiplin dan akhlak.
                                6.3.2.     Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi
                                           masalah ponteng, kesihatan, kebajikan, kebersihan murid,
                                           bilik darjah dan sekolah.
                                6.3.3.     Bersikap  tegas  terhadap  murid  tetapi  elakkan  dari
                                           melakukan deraan.











                                                            56
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64