Page 62 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 62
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
11. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
11.1. Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan,
beliau bolehlah berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
11.2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula
bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Cemerlang atau
Guru Penolong Kanan Kurikulum.
12. TUGAS GURU
12.1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan
juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan
dedikasi dan bertanggungjawab.
12.2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan
Pelajaran Negeri atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa
keizinan Guru Besar.
12.3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau
taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru
Besar / Penolong Kanan Kurikulum.
12.4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau
seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”In
House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru
Penolong Kanan / Guru Besar tarikh dan masa pelaksanaannya.
12.5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan
bahan tugasan bertulis untuk pelajar maklumkan kepada PK
Pentadbiran.
13. BUKU REKOD MENGAJAR
13.1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod
mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti,
kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar/Guru Penolong Kanan setiap hujung minggu mengikut jadual
untuk disemak dan ditandatangani.
13.2. Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada
Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk urusan guru pengganti.
13.3. Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah
diserahkan ke pejabat sekolah.
14. JADUAL WAKTU MENGAJAR
14.1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
14.2. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran.
14.3. Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
15. BILIK GURU
15.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru serta harta harta benda
sekolah merupakan tanggungjawab semua guru.
15.2. Waktu Senggang (free period) guru hendaklah dipenuhi melakukan
perkara-perkara berkaitan PdP.
15.3. Semua guru adalah ahli Kelab Guru.
15.4. Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.
59

