Page 20 - tmp
P. 20
4.5 Bagi mengawal kedatangan pelajar. Guru kelas hendaklah mencatatkan kenyataan berikut
di tempat yang sesuai di papan putih kelas.
a) Tarikh
b) Bilangan pelajar dalam kelas
c) Bilangan pelajar yang hadir
4.6 Segala maklumat dalam buku ini hendaklah lengkap dan ditutup pada setiap bulan oleh guru
tingkatan dan guru juga perlu mengisi maklumat untuk bulan tersebut, bukannya pelajar.
4.7 Menanda kedatangan dan mengisi butir-butir pelajar dalam buku ini adalah tanggungjawab
guru tingkatan dan bukannya ketua kelas atau pun pelajar. Ketua kelas atau pelajar dilarang
menanda kehadiran pelajar dalam buku kehadiran pelajar.
5.0 WAKTU BERTUGAS DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH
5.1 Semua hari berikut dikira sebagai hari bertugas kepada guru-guru :
i) Semua hari persekolahan termasuk persekolahan ganti kecuali dengan cuti yang
sah.
ii) Hari acara dan aktiviti rasmi sekolah.
iii) Bila diarahkan hadir oleh Guru Besar termasuk dalam cuti penggal persekolahan
Dengan syarat jumlah hari yang diminta hadir itu tidak melebihi sepertiga daripada jumlah
hari cuti persekolahan.
iv) Bila diminta hadir ke majlis-majlis tertentu oleh PPD / JPN / SSTP / BPK / KPM
5.2 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
5.3 Guru dikehendaki berada di sekolah 15 minit awal sebelum sesi persekolahan bermula.
5.4 Guru hendaklah “punch card” semasa sampai dan sewaktu pulang.
5.5 Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin dan
sebaik-baiknya 1 hari sebelum waktu pertama bermula supaya urusan untuk menggantikan tugas
guru itu dapat disediakan supaya kegiatan sekolah tidak terganggu. Surat doktor hendaklah
diserahkan ke pejabat dengan segera.
5.6 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali kes-kes
kecemasan.
5.7 Guru-guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan perniagaan sewaktu persekolahan.
5.8 Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau syarikat-
syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Guru Besar.
6.0 TIDAK HADIR BERTUGAS/BERKURSUS/MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR
6.1 Guru yang tidak dapat hadir untuk bekerja dikehendaki memberitahu Guru Besar dalam
kaedah berikut:-
19

