Page 27 - Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021_Neat
P. 27
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKDD KALI KE-50, TAHUN 2020
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIAN DAUN, MELAKA
Tarikh : 13 Februari 2020
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Seri Helang
Kehadiran : Ibu bapa - 45 orang, Guru-guru - 67 orang
Agenda 1 : Ucapan Pengetua
(Ucapan Pengetua disampaikan oleh Pn. Hajah Siti Salwa binti Ahmad)
1.1 Pengetua mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Yang
Berhormat Khoo Poay Tiong kerana sudi hadir ke Majlis Perasmian PIBG kali ke- 50.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru kerana sudi
hadir ke majlis pada hari ini. Beliau menambah kehadiran ibu bapa yang ramai
mencerminkan keprihatinan mereka terhadap kecemerlangan pelajaran anak-anak
mereka.
1.2 Pengetua juga menyatakan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah merupakan
Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Melaka. Beliau menyatakan pelajar dari enam
buah sekolah telah disatukan di kolej ini , iaitu SMK St. Francis , SMK Seri Kota , SMK
Yok Bin , SMK Bukit Baru , SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Infant Jesus
Convent.
1.3 Beliau juga menyatakan ketika ini kolej ini mempunyai 75 tenaga pengajar
(termasuk pentadbir) dan 214 pelajar.Pengetua berharap pada bulan Mei 2020 lebih
ramai pelajar akan mendaftar di kolej ini selepas keputusan SPM diumumkan kelak.
1.4 Pengetua menyatakan kejasama antara ibu bapa dan Kolej amat penting
untuk menjamin kecemerlangan pendidikan para pelajar di Kolej ini. Beliau juga
melahirkan rasa bangganya kerana ramai ibu bapa hadir pada hari ini. Beliau menyeru
ibu bapa menggunakan medan ini untuk berkongsi idea dan buah fikiran dalam
membentuk modal insan yang berguna untuk merealisasikan aspirasi negara.
1.5 Akhir sekali, Pengetua menegaskan bahawa tanpa kerjasama yang mantap
antara ibu bapa dan pihak Kolej sukar untuk melaksanakan penambahbaikan segala
program yang dijalankan di Kolej ini.
Agenda 2 : Ucapan Yang DiPertua PIBG (En. Juhari bin Ahmad Salleh)
2.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada para AJK PIBG, para guru dan
para ibu bapa kerana sudi hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke-50 .
2.2 Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada YB Khoo Poay Tiong kerana sudi meluangkan masa untuk hadir merasmikan
mesyuarat PIBG kali ini. Beliau juga menyatakan kehadiran Yang Berhormat dapat
menyemarakkan semangat guru-guru, ibu bapa dan pelajar untuk mencapai
kecemerlangan di Kolej ini.
20

