Page 28 - Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021_Neat
P. 28

2.3    Seterusnya YDP PIBG menyatakan mesyuarat seperti ini merupakan medan
         yang sesuai  untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea  dan pendapat
         yang bernas untuk melonjakkan kecemerlangan Kolej ini.
         2.4    Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru
         -guru yang telah berpindah atas sumbangan mereka terhadap PIBG Kolej ini.
         2.5    Akhir  kata,  beliau  menyeru  para  ibu  bapa  sentiasa  menyokong  dan
         memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Kolej.

         Agenda 3 : Ucapan Perasmian Mesyuarat PIBG kali ke-50 oleh
                             Yang Berhormat Khoo Poay Tiong
         3.1    Yang Berhormat Khoo Poay Tiong merakamkan ucapan ribuan terima kasih
         kepada pihak Kolej kerana sudi menjemputnya untuk merasmikan Mesyuarat Agung
         PIBG kali ke-50.
         3.2    YB juga menegaskan kepentingan Pendidikan dalam mengubah kehidupan
         seseorang. Beliau menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang
         amat besar dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.
         3.3    YB  seterusnya  menyatakan  bahawa  peranan  PIBG  sangat  penting  dalam
         meningkatkan  kecemerlangan  pendidikan  di  sesebuah  institusi  pendidikan.  Hal  ini
         demikian  kerana  PIBG  dapat  membantu  pihak  kolej  dalam  menganjurkan  pelbagai
         aktiviti , mencari dana untuk kebaikan para pelajar dan Kolej.
         3.4    YB  menegaskan  bahawa  PIBG  berperanan  sebagai  entiti    utama  yang
         membolehkan kolompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta
         maklumat  pendidikan  semasa  dan  ‘method’  untuk  meningkatkan  lagi  prestasi
         akademik dan kokurikulum pelajar  di sesebuah institusi.
         3.5    Sebelum mengakhiri ucapan ,YB telah mengumumkan sumbangan ikhlasnya
         sebanyak  RM 12,000 untuk menambah baik sistem hawa dingin dan RM 3,000 lagi
         untuk meningkatkan prasarana di Kolej ini.

         Agenda 4 : Pembentangan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang Lepas
         4.1    Setiausaha PIBG  Pn. Ee Joo Suang  telah membentangkan minit mesyuarat
         yang  lepas  dan  telah  diluluskan  secara  sebulat  suara  oleh  ahli-ahlinya.  Cadangan
         mengesahkan  minit  mesyuarat  telah  dikemukakan  oleh  Pn.  Hashimah  binti  Hashim
         dan disokong oleh Pn. Siti Rohana Shadan.
         4.2    Tiada perkara berbangkit.

         Agenda 5 : Pembentangan dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
         5.1    Bendahari  PIBG  Pn. Yee Mei Har telah membentangkan laporan penyata
         kewangan yang lepas . Beliau menyatakan setelah tolak dengan semua perbelanjaan
         bagi  sesi  lepas  ,  baki  di  tangan  ketika  ini  ialah  berjumlah    RM  18,529.90  .  Laporan
         penyata  kewangan  ini  telah  diluluskan  secara  sebulat    suara.  Pengesahan  laporan
         kewangan  telah  dicadangkan  oleh  Pn.  Suriana  binti  Samsuri  dan  disokong  oleh
         Pn.Chng Mei Mei.



                                       21
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33