Page 29 - Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021_Neat
P. 29
Agenda 6 : Pembentangan Usul – Usul
Usul 1: Masa pengajaran dan pembelajaran yang terlalu panjang
Dari: En Mak Chee Kin
Beliau menyatakan masa pengajaran dan pembelajaran di kolej Tingkatan Enam
terlalu panjang (8 pagi sehingga 4 petang). Beliau telah mendapatkan lebih 100
tandatangan daripada ibubapa yang membantah keputusan pemindaan masa
pengajaran dan pembelajaran baharu ini dan telah memaklumkan kepada pihak
pentadbir tetapi jadual cuma dipendekkan sehingga 3.45 petang. Beliau menyatakan
pemindaan jadual waktu ini tidak mendapat persetujuan ibu bapa dan tidak dibawa
bincang di mesyuarat PIBG dan tiada permohonan ke Jabatan Pendidikan Negara (Unit
Menengah).Beliau mengatakan maklumbalas dari ibubapa terdapat banyak implikasi
negatif dengan jadual persekolahan ini. Antaranya ialah, percanggahan masa
penghantaran anak ke sekolah lain, kebebanan pemberian wang saku tambahan
kepada anak dan ada yang tidak makan sehingga sekolah bersurai .Cuaca dan keadaan
kelas yang tidak kondusif adalah tidak sesuai dan menjejaskan konsentrasi pelajar
untuk belajar. Beliau berharap jadual waktu ini tukar balik ke jadual waktu
2019 .Cadangan beliau disokong sebulat suara oleh ibu bapa yang hadir. Selain itu,
beliau juga memberikan contoh jadual persekolahan beberapa sekolah STPM yang
cemerlang seperti Sekolah Tinggi Melaka (7:40-2:10), Sekolah Menengah Gajah
Berang ( 7:40-2:10), Sekolah Menengah Tun Tuah (7:40 – 2:30) dan akhinya Sekolah
Menengah Munshi Abdullah (7:40-3:00).
Dari: En Lee Khung Fuk
Masa pengajaran dan pembelajaran yang terlalu panjang dan masa makan yang
terlalu pendek dan tidak sesuai. Pelajar berasa sangat letih terutamnya selepas pukul
2:00 petang. Ini juga mengakibatkan anak En Lee Khung Fuk berasa ingin berhenti
sekolah kebelakang ini disebabkan keletihan yang tidak dapat ditahan oleh anak Lee.
Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan sebab-sebab
memulakan kelas pada pukul 8:00 pagi adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas dan pada masa yang sama dapat mengatasi masalah kelewatan pelajar untuk
hadir ke kolej memandangkan masih terdapat segelintir pelajar yang masih lewat
sampai ke sekolah walaupun masa kolej mula pukul 8:00 pagi. Bagi pelajar yang sam-
pai awal ke sekolah adalah digalakkan bersarapan di kantin sebelum kelas bermula.
Beliau juga memberikan beberapa contoh sekolah yang mempunyai jadual waktu
persekolahan yang lebih lewat daripada kolej ini. Antaranya ialah: SMK Sri Tanjung
(7:40-3:45), SMK Sultan Mahmud (7:40 4:30 petang). Dato Bendahara (7:40 – 4:00
petang). Beliau juga mengatakan jadual waktu ini sebenarnya telah memaklumkan
kepada Dr. Rodziah pada akhir tahun 2019 semasa kunjugan orang jabatan pada masa
itu. Walau bagaimanapun, jadual waktu ini akan dikaji semula mengikut keputusan
mesyuarat ini dan dasar-dasar kementerian.
22

