Page 30 - Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021_Neat
P. 30
Pertanyaan dari Pn Nurul Anis Sim binti Abdullah
Menyatakan hanya terdapat segelintir pelajar yang sampai lewat ke sekolah dan ini
tidak berkaitan dengan pemindaan jadual waktu sehingga 3:45 petang. Perkara
kelewatan ke sekolah adalah dari masalah disiplin pelajar sendiri dan tidak berkaitan
dengan jadual waktu yang digunakan. Beliau sekali lagi menyeru pihak sekolah supaya
jadual waktu yang membebankan pelajar ini dikaji balik dan ini telah mendapat
sokongan penuh daripada ibu bapa di dalam dewan.
Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan jadual waktu
akan dikaji semula berdasarkan kehendak ibubapa dan dasar-dasar yang mesti
dipatuhi oleh pihak sekolah.
Pertanyaan dari En Mak Chee Kin
Berdasarkan usul usul yang terdapat dimesyuarat ini,beliau menyampaikan bahawa
sekolah SMK Durian Daun adalah tidak sesuai dijadikan pusat Tg Enam. Terdapat
banyak kekurangan dari segi insfrastruktur dan prasarana yang sangat tidak
memuaskan.Kemudahan sekolah perdana anak mereka sebelum ke kolej ini jauh lebih
baik.Beliau menyeru supaya pelajar-pelajar ini dipindahkan sementara ke Maktab
Perguruan yang terletak di hadapan Kolej ini dengan kadar segera,disamping
menunggu penaiktarafan semoga proses pembelajaran pelajar tidak terjejas.
Beliau juga menekan bahawa segala kekurangan sekarang di Kolej Tingkatan Enam
adalah bukan kelemahan atau kesalahan pihak pentadbir mahupun PIBG.
Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan ibu bapa ber-
hak menyuarakan pandangan mereka tetapi pihak sekolah perlu akur kepada arahan
jabatan dan diharapkan PIBG yang baharu nanti boleh memajukan lagi prasarana kolej
kelak nanti.
Usul 2: Masa rehat pelajar yang terlalu pendek. Diminta mengadakan masa makan
tengah hari / solat
Dari: Pn Sharifah Noorin binti Alhabshi
Pn Sharifah Noorin binti Alhabshi menyatakan masa rehat pelajar yang sebanyak
sekali selama 25 minit adalah tidak mencukupi dan tidak selaras dengan masa
pengajaran & pembelajaran yang baharu ini. Beliau menyeru supaya pihak sekolah
dapat mengkaji semula masa rehat yang setimpa dengan masa pembelajaran &
pengajaran yang sedang digunakan ini. Beliau mencadangkan supaya mengadakan
dua kali masa rehat.
Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan bahawa jadual
waktu pembelajaran dan pengajaran sekarang adalah merangkumi sebanyak 8 waktu
sehari. Setiap waktu pembelajaran adalah selama 40 minit. Jadi jadual waktu kolej ini
adalah tidak boleh dibandingkan dengan jadual waktu pembelajaran & pengajaran
yang digunakan oleh aliran perdana di sekolah menengah yang lain. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah akan mengambil tindakan susulan untuk menilai semula
dimanakah jadual waktu yang paling sesuai yang akan digunakan.
23

