Page 32 - Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021_Neat
P. 32
Respon YDP En Juhari bin Ahmad Salleh: Beliau bersetuju dengan pandangan En Raju
berkenaan dengan jalan yang sesak di dalam kawasan yang mempunyai 4 buah
sekolah yang terletak di tempat yang sama. Beliau akan membawa hal ini kepada
Pihak Berkuasa Tempatan untuk tindakan yang selanjutnya. Beliau juga mengadu
bahawa terdapat ramai ibu bapa yang tidak berhemah tinggi dan meletakkan
kenderaan mereka tanpa mengikut peraturan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Usul 7: Pengurangan yuran sekolah
Dari Pn Junaidah binti Md Nasir
Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan bahawa pihak
sekolah memang tidak mengutip sebarang yuran. Segala yuran yang dikutip adalah
daripada sumbangan PIBG iaitu jumlah yuran yang dipersetujui dalam mesyuarat
agung PIBG dan dipungut selepas mesyuarat berkenaan.
Usul 8: Pelajar tingkatan 6 harus dilayan berbeza dengan pelajar sekolah. Pelajar
harus diberi tunjuk ajar dan bukannya dendaan/paksaan
Dari Sharifah Noorin binti Alhabshi
Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan bahawa pihak
sekolah meminta kerjasama ibu bapa supaya pelajar-pelajar Tingkatan enam dapat
sentiasa berdisiplin dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Beliau juga menyatakan
bahawanya telah berjumpa dengan pelajar yang berkenaan dan tindakan telah
diambil.
Agenda 7: Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 dan Pelantikan
Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
7.1 Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 telah dibubarkan secara rasmi oleh Yang
Dipertua PIBG Sesi 2019/2020 En. Juhari bin Ahmad Salleh. En. Azman bin Harun telah
dilantik sebagai pengerusi sementara untuk menjalankan pemilihan Jawatankuasa sesi
2020/2021.
7.2 Keputusan pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021:
1) Yang Dipertua PIBG : En. Mak Chee Kin
(Pencadang : En. Wee Juann Nam Penyokong : Pn. Loy In Tiau)
2) Naib Yang Dipertua PIBG 1: En. Juhari bin Ahmad Salleh
(Pencadang : Pn.Rohana Penyokong : Hashimah binti Hashim)
3) Naib Yang Dipertua PIBG 2: En. Dinesh Loius
(Pencadang : En. Mak Chee Kin Penyokong : En. Wee Juann Nam)
4) Setiausaha : Pn. Ee Joo Suang (Lantikan Dalaman)
5) Pen . Setiausaha : En. N. Rajendran Nallatamby (Lantikan Dalaman)
6) Bendahari : Pn. Yee Mei Har (Lantikan Dalaman)
7)Pen. Bendahari :Pn Aida binti Yusop (Lantikan Dalaman)
25

