Page 3 - BUKU LAPORAN MESY AGUNG PIBG KALI KE-28
P. 3
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI
KE -27 SESI 2019/2020 SMK SERI JENGKA
TARIKH: 22 MAC 2019 (JUMAAT)
MASA: 9.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN IBNU SINA
KEHADIRAN: 188 IBU BAPA DAN 56 GURU
Hadir
1. Encik Yahya Bin Awang Penasihat
2. Tuan Haji Mohamad Bin Ismail YDP PIBG
3. Encik Zakaria Bin Awang NYDP PIBG
4. Encik Suhairi Bin Shafie Bendahari
5. Encik Khairul Nizam Bin Amir Hassan AJK Ibu Bapa
6. Puan Zainah Binti Lamen AJK Ibu Bapa
7. Puan Norhayati Binti Mohd AJK Ibu Bapa
8. Encik Mohd Zammri Bin Daud AJK Ibu Bapa
9. Encik Isa Bin Kasim AJK Guru
10. Puan Nurul Huda Laily Binti Zahri AJK Guru
11. Encik Mohamad Idris Bin Haji Derus AJK Guru
12. Dr. Ikbal Zahin Bin Mohamed AJK Guru
13. Encik Nik Rosdi Bin Draman@Nik Man AJK Guru
14. Puan Zuraidah Binti Wahid AJK Guru
15. Puan Siti Fairusmida Binti Haji Abd. Wahab Pemeriksa Kira-kira
16. Encik Zulkifli Bin Sidek@Jali AJK Ibu Bapa
Tidak hadir bersebab
1. Puan Aliza Binti Abdullah Setiausaha
Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG SMK Seri Jengka
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa ke mesyuarat agung
PIBG kali ke-27 walaupun ibu bapa terpaksa mengorbankan masa untuk hadir ke mesyuarat
agung pada kali ini tetapi pada masa yang sama ibu bapa dibenarkan mengambil anak mereka
selepas selesai mesyuarat sempena cuti penggal pertama persekolahan. Pengerusi juga
mengharapkan agar ibu bapa yang datang dapat menjalankan tangggungjawab sebagai ibu
bapa dengan sebaiknya dan bersama-sama membincangkan usul-usul yang dikemukakan
daripada PIBG dan ibu bapa. Seterusnya beliau menjemput tuan pengetua selaku penasihat
untuk menyampaikan ucapan.
2.0 Ucapan alu-aluan Pengetua SMK Seri Jengka
2.1 Tuan pengetua mengucapkan penuh rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T atas kehadiran
ibu bapa yang telah hadir ke mesyuarat bagi bersama-sama berbincang berkaitan hal anak-
anak. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK PIBG kerana telah
3

