Page 4 - BUKU LAPORAN MESY AGUNG PIBG KALI KE-28
P. 4

Berjaya  untuk  mengadakan  mesyuarat  pada  kali  ini.  Beliau  juga  memaklumkan  mesyuarat
                       agung pada kali ini merupakan mesyuarat kali terakhir sebelum beliau bersara dan sepanjang
                       lima  tahun  perkhidmatan  beliau,  banyak  aktiviti  yang  telah  dijalankan  untuk  meningkatkan
                       kecemerlangan anak-anak. Pada hari ini turut diadakan majlis kesyukuran atas kejayaan anak-
                       anak seri dalam keputusan SPM dan STPM yang mendapat tempat pertama dalam daerah
                       Maran.

                       2.2 Tuan pengetua juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang sentiasa
                       menghulurkan  bantuan  dan  sumbagan  kepada  pihak  sekolah  dan  beliau  turut  meminta
                       kerjasama  daripada  ibu  bapa  untuk  memberikan  sumbangan  padu  kepada  pihak  sekolah
                       dalam  menjayakan  segala  aktiviti  sekolah.  Semoga  dengan  kerjasama  daripada  ibu  bapa
                       membantu  menjayakan  aktiviti di sekolah  dan  sentiasa  mendapat  lindungan  daripada  Allah
                       S.W.T.

                       2.3  Selain  itu,  beliau  membenarkan  ibu  bapa  membawa  anak-anak  balik  selepas  selesai
                       mesyuarat agung. Beliau juga berharap semoga mesyuarat ini berlangsung dengan aman dan
                       damai sehingga tamat mesyuarat. Seterusnya, beliau juga memaklumkan mesyuarat pada kali
                       ini akan diadakan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020. Sekiranya, terdapat sebarang
                       pengekalan atau perubahan AJK semuanya bergantung kepada keputusan dalam mesyuarat.
                                                                                Tindakan:  Untuk makluman

                   3.0 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 sesi 2018/2019

                       3.1 Wakil setiausaha iaitu Pn. Norafidah Binti Osman membentangkan minit mesyuarat agung
                       PIBG kali ke-27 yang bertarikh 14 Februari 2018 untuk disahkan dan disokong bermula muka
                       surat 6 sehingga 10 (rujuk buku Mesyuarat  Agung PIBG Kali Ke-27 Sesi 2019/2020).
                          Cadangan pengesahan: Pn. Sujina Bt Kamarazaman
                          Sokongan: Che Nora Bt Che Daud
                                                                                  Tindakan: Untuk makluman

                      4.0 Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2018/2019

                       4.1 Wakil setiausaha iaitu Pn. Norafidah Binti Osman membentangkan laporan tahunan PIBG
                       sesi 2018/2019 untuk disahkan dan disokong bermula muka surat 28 sehingga 30 (rujuk buku
                       Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 Sesi 2019/2020).
                          Cadangan pengesahan: Pn. Noranisah Bt Che Ali
                          Sokongan: Pn. Nor Azizah Bt Yusof
                                                                                  Tindakan: Untuk makluman


                      5.0 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Untuk Tahun Berakhir Pada 31
                            Disember 2018

                       5.1 Encik Suhairi Bin Shafie sebagai bendahari PIBG telah membentangkan laporan penyata
                       kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 untuk disahkan dan disokong bermula
                       muka surat 23 hingga 27 (rujuk buku Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 Sesi 2019/2020).
                              Cadangan pengesahan: Encik Ahmad Shahrizal Bin Abdul Talib
                                      Sokongan: Mohd Razali Bin Abu Samah
                                                                                Tindakan: Untuk makluman




                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9