Page 5 - BUKU LAPORAN MESY AGUNG PIBG KALI KE-28
P. 5
6.0 Membentang dan membahas usul-usul
6.1 Usul daripada AJK PIBG.
6.1.1 Cadangan usul daripada Tuan Haji Mohamad bin Ismail mencadangkan kutipan
sumbangan PIBG sebanyak RM 250 dikekalkan mengikut pecahan berikut:
a) sumbangan PIBG RM 100 (perkeluarga)
b) sumbangan kecemerlangan murid RM 150 (perkepala)
Bayaran majalah sekolah pula ialah RM 18 (perkeluarga)
Terdapat cadangan daripada Puan Sujina Binti Kamarazaman yang meminta agar
yuran PIBG dikurangkan kerana kebanyakan ibu bapa kini mempunyai pendapatan
bawah RM 1500. Encik Yahya Bin Awang sebagai penasihat menegaskan bahawa
sekiranya jumlah yuran tersebut dikurangkan, banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan
kerana banyak peruntukan daripada KPM telah dikurangkan dan mengharapkan ibu
bapa dapat berfikir secara rasional. Manakala Encik Rozi Bin Ahmad bersetuju agar
yuran PIBG dikekalkan kerana banyak aktiviti yang akan dilaksanakan dan beliau
memberi cadangan agar pihak sekolah mencari sumber-sumber pendapatan dari luar
untuk membantu PIBG seperti mengusahakan semula tanah di tepi sekolah.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan kutipan sumbangan PIBG sebanyak
RM 250 mengikut pecahan berikut:
a) sumbangan PIBG RM 100 (perkeluarga)
b) sumbangan kecemerlangan murid RM 150 (perkepala)
Bayaran majalah sekolah pula ialah RM 18 (perkeluarga)
6.1.2 Cadangan usul daripada Tuan Haji Mohamad bin Ismail mencadangkan supaya
menaik taraf dan membaik pulih prasarana sekolah dan asrama dari segi bangunan
dan persekitaran. Disokong oleh En Termizai Bin Hasbolah.
6.2 Usul daripada ibu bapa
6.2.1 Cadangan usul daripada Mohd Sanusi Bin Ahmad mencadangkan supaya pihak
sekolah meningkatkan prestasi pelajaran murid.
Respon Tuan Haji Mohamad bin Ismail: Pihak sekolah telah membuat pelbagai
program bagi meningkatkan prestasi pelajaran murid dan hal ini terbukti dengan
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM.
6.2.2 Cadangan usul daripada Mohd Asmadi Bin Mat Diah, Erawati Binti Wok dan
Surhaya Binti Mohd Dom mencadangkan pihak sekolah menyediakan almari dan
peralatan yang lebih baik kepada murid.
Respon Encik Yahya Bin Awang: Pihak sekolah telah membeli almari terpakai
daripada UiTM Jengka berjumlah RM 3000 dan beliau juga menjawab soalan yang
dikemukakan oleh Encik Syukri Bin Abdullah yang ingin mengetahui sama ada pihak
sekolah sudah menerima almari baharu sebanyak 500 unit yang diminta pada tahun
sebelumnya. Pengerusi memaklumkan pihak sekolah masih belum menerima
peruntukan tersebut dan sentiasa berusaha untuk mendapatkannya.
6.2.3 Cadangan usul daripada Puan Nor Zakiah Binti Saad yang mencadangkan pihak
sekolah menyediakan almari baharu dan memberi kebenaran ‘outing’ kepada anak-
anak SMKSJ pada setiap hari Ahad.
5

