Page 6 - BUKU LAPORAN MESY AGUNG PIBG KALI KE-28
P. 6

Respon  Encik  Ahmad  Khusairi  Bin  Husin:  Setiap  tahun  pihak  sekolah  telah
                             memohon katil dan almari kepada pihak KPM, akan tetapi jawapan yang diterima oleh
                             sekolah,  pihak  KPM  kekurangan  kewangan.  Pihak  sekolah  akan  mengagihkan  20
                             almari yang dibeli dari UiTM untuk menggantikan almari yang sudah uzur. Manakala,
                             mengenai  ‘outing’  murid  pada  hari  Ahad  sememangnya  dibenarkan  selepas  jam  11
                             pagi  kecuali  terdapat  beberapa  masalah  yang  menyebabkan  warden  bertugas  tidak
                             membenarkan  murid  ‘outing’.  Beliau  juga  mengingatkan  agar  ibu  bapa  tidak
                             menghantar anak-anak pulang terlalu awal ke asrama pada minggu balik kampung bagi
                             mengelakkan timbulnya masalah lain.


                   7.0  Pengisytiharan Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019

                       7.1 Pengerusi selaku YDP PIBG mengistiharkan pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019.

                   8.0   Melantik Pengerusi Mesyuarat Sementara

                           8.1 Encik Muhammad Khir Bin Zainon mencadangkan Tuan Haji Mohamad Bin Ismail sebagai
                           pengerusi mesyuarat sementara dan disokong oleh Puan Zainah Bin Lamen.

                   9.0   Pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020

                              i)     Yang Dipertua : Tuan Haji Mohamad Bin Ismail
                              ii)    Naib Yang Dipertua : Encik Zakaria Bin Awang
                              iii)   5 Orang AJK (Wakil Ibu Bapa) :
                                     1. Encik Khairul Nizam Bin Amir Hassan
                                     2. Encik Mohd Rozi Bin Ahmad
                                     3. Puan Zainah Binti Lamen
                                     4. Puan Noraisiah Binti Othman
                                     5. Encik Zulkifli Bin Sidek@Jali

                               v)    2 Pemeriksa Kira-Kira (1 guru dan 1 Ibu bapa) :
                                     1.  Encik Mohamad Napi Bin Dollah

                   10.0  Hal-hal Lain

                      10.1 Encik Ahmad Shahrizal Bin Abdul Talib meminta penjelasan mengenai penyata kewangan
                       yang memaparkan perbelanjaan melebihi hasil pendapatan.
                       Respon Encik Suhairi Bin Shafie: Menjelaskan bahawa pihak PIBG terpaksa menggunakan
                      kewangan tahun sebelumnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, kutipan sumbangan diperoleh
                       pada bulan April atau Mei selepas mendapat kelulusan daripada pihak JPN dan bayaran yang
                      diterima secara ansuran yang menyebabkan terdapat tunggakan.

                       10.2 Encik Khusairi Bin Hussin meminta ibu bapa yang ingin menghantar lewat anaknya lebih
                      dari  jam  6  petang  perlu  memaklumkan  kepada  beliau  atau  warden  lain  supaya  pengawal
                      keselamatan  mengetahui  tentang  hal  tersebut.  Hal  ini  dikatakan  demikian  kerana,  bagi
                      mengelakkan berlakunya sebarang masalah. Beliau juga memaklumkan kepada ibu bapa yang
                      ingin membuat wakaf atau sumbangan bagi pembelian al-Quran, al-Mathurat dan Yasin yang
                      akan digunakan oleh murid di surau sekolah.




                                                            6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11