Page 7 - BUKU LAPORAN MESY AGUNG PIBG KALI KE-28
P. 7
10.3 Dr. Ikbal Zahin Bin Mohamed membuat promosi iaitu penjualan anak pokok yang akan
ditanam di persekitaran sekolah. Hal ini adalah bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah
dan memberi keselesaan kepada murid untuk berteduh.
10.4 Encik Mohamad Napi Bin Dollah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru walaupun
mengikut kajian yang telah dibacanya telah mengatakan bahawa bidang perguruan merupakan
salah satu pekerjaan yang mengalami sindrom stres. Beliau juga menginginkan kepastian
adakah sekolah ini mempunyai ALUMNI kerana beliau berpendapat bahawa ALUMNI boleh
membantu mencari dana untuk pihak sekolah. Beliau turut bersetuju dengan pendapat Encik
Suhairi Bin Shafie yang memaklumkan ada sekolah meminta setiap keluarga murid
memberikan satu rim kertas. Beliau juga mencadangkan sekolah menjadi anak angkat kepada
badan korporat untuk memudahkan urusan mendapatkan bantuan.
10.5 Encik Mohd Zammri Bin Daud mengharapkan AJK baharu memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah dalam menjayakan segala aktiviti yang dilaksanakan.
11.0 Ucapan Penangguhan
Tuan Haji Mohamad Bin Ismail mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi melantik
beliau dan ahli jawatankuasa yang lain untuk merajui lagi barisan kepimpinan PIBG bagi sesi
2019/2020. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan
menjayakan mesyuarat agung PIBG pada kali ini. Semoga dengan kerjasama semua pihak akan
terus meningkatkan kecemerlangan anak-anak di SMK Seri Jengka dalam semua aspek.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(SITI ESAH BINTI MOHD DAUD) (MOHAMAD BIN ISMAIL)
Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG Dipertua PIBG
SMK Seri Jengka SMK Seri Jengka
26500 Maran 26500 Maran
7

