Page 249 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 249

11.2                 Pewarisan Dihibrid




                                 Definisi Pewarisan Kacukan Dihibrid


                                 Pewarisan dihibrid melibatkan pewarisan dua ciri, setiap satu ciri
                                 dikawal oleh gen berlainan pada lokus berlainan.

                                 Rajah 11.7 menunjukkan rajah skema pewarisan dihibrid antara
                                 dua induk tulen untuk mengkaji dua ciri pada kacang pis, iaitu
                                 warna biji benih dan bentuk biji benih. Dua induk baka tulen ini
                                 mempunyai pasangan alel homozigot dominan dan homozigot resesif.
                                 Kacukan antara dua induk tulen ini menghasilkan generasi F  yang
                                                                                        1
                                 menunjukkan trait yang dominan, iaitu biji benih bulat dan kuning.

                                                            Petunjuk:
                                                            B: alel dominan bagi biji benih bulat
                                                            b: alel resesif bagi biji benih berkedut
                                                            K: alel dominan bagi biji benih berwarna kuning
                 Kacukan generasi induk                     k:  alel resesif bagi biji benih berwarna hijau

                 Fenotip induk (P)   :  Biji benih bulat      Biji benih berkedut
                                    berwarna kuning      berwarna hijau  Induk baka tulen
                                                                         digunakan dalam
                                                                         kacukan
                 Genotip induk    :     BBKK                bbkk

                 Meiosis                                                 Ciri bagi bentuk
                                                                         biji benih dikawal
                 Gamet            :      BK                  bk          oleh sepasang
                                                                         alel Bb dan warna
                                                                         biji benih dikawal
                 Persenyawaan
                                                                         oleh sepasang
                                                                         alel Kk. Hanya
                 Genotip F 1      :               BbKk                   trait dominan
                                                                         sahaja kelihatan,
                 Fenotip F        :  Semua biji benih bulat berwarna kuning  iaitu bulat dan
                        1
                                                                         kuning.
                 Kacukan generasi F 1
                 Fenotip F        :        Biji benih bulat             Biji benih bulat
                        1
                                          berwarna kuning              berwarna kuning
                 Genotip F 1      :           BbKk                          BbKk
                 Meiosis

                 Gamet            :  BK     Bk    bK     bk        BK     Bk    bK     bk


                                    Semasa pembentukan gamet, mana-mana alel bagi bentuk biji benih
                                    boleh berpasang dengan mana-mana alel bagi warna biji benih.
                         Rajah 11.7 Rajah skema pewarisan dihibrid bagi ciri bentuk biji benih dan
                                           warna biji benih kacang pis
           11.2.1 11.2.2 11.2.3
                                                    238
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254