Page 248 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 248
Pewarisan 11
Hukum Mendel I
Mendel mengemukakan Hukum Mendel I yang dikenali sebagai Hukum Segregasi
yang menyatakan bahawa:
Ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu
daripada pasangan alel ini akan diwariskan ke dalam gamet.
Sesuatu ciri diturunkan daripada induk kepada
satu generasi yang lain ditentukan oleh suatu faktor
genetik yang kini dikenali sebagai gen.
Sesuatu trait dikawal oleh sepasang faktor yang
kini disebut alel.
Sepasang alel ini akan segregasi (terpisah) secara
rawak semasa pembentukan gamet. Hanya satu alel
Rumusan daripada eksperimen daripada pasangan ini akan berada di dalam gamet.
monohibrid Mendel
Semasa persenyawaan, zigot yang terhasil akan
mengandungi dua alel (satu alel daripada setiap
induk) bagi ciri yang tertentu.
Persenyawaan berlaku secara rawak, maka
kombinasi genotip yang homozigot dominan akan
menunjukkan trait dominan, manakala homozigot
resesif akan menunjukkan trait resesif. Genotip
heterozigot (kombinasi satu alel dominan dan satu
alel resesif) menunjukkan trait dominan.
Praktis Formatif 11.1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan baka 3. Katakan alel bagi tinggi diwakili oleh
tulen? simbol T dan alel bagi kerdil diwakili
2. Dalam kacukan antara dua ekor tikus, B oleh simbol t. Apakah genotip dan
mewakili alel dominan bagi bulu hitam, fenotip hasil kacukan antara pokok tinggi
manakala b mewakili alel resesif bagi bulu dengan pokok kerdil jika kedua-duanya
putih. Hasil kacukan ialah ¼ BB : ½ Bb : merupakan baka tulen?
¼ bb. Apakah warna bulu dan genotip
induknya?
11.1.6
237

