Page 250 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 250
Pewarisan 11
Apabila generasi F yang terhasil daripada kacukan dihibrid di Rajah 11.7 dikacuk
1
sesama sendiri, 16 kombinasi genotip F akan terhasil. Kacukan ini menunjukkan empat
2
ciri fenotip dalam generasi F . Kacukan dihibrid ini dapat ditunjukkan melalui segi
2
empat Punnett seperti dalam Rajah 11.8.
Gamet jantan
Gamet betina BK Bk bK bk
BK
BBKK BBKk BbKK BbKk
Bulat, kuning Bulat, kuning Bulat, kuning Bulat, kuning
Bk
BBKk BBkk BbKk Bbkk
Bulat, kuning Bulat, hijau Bulat, kuning Bulat, hijau
bK
BbKK BbKk bbKK bbKk
Bulat, kuning Bulat, kuning Kedut, kuning Kedut, kuning
bk
BbKk Bbkk bbKk bbkk
Bulat, kuning Bulat, hijau Kedut, kuning Kedut, hijau
Rajah 11.8 Kacukan dihibrid generasi F menggunakan segi empat Punnet
1
Nisbah fenotip yang terhasil bagi generasi F ialah:
2
Biji bulat, kuning : Biji bulat, hijau : Biji kedut, kuning : Biji kedut, hijau
9 : 3 : 3 : 1
Hukum Mendel II
Mendel mengemukakan Hukum Mendel II yang dikenali sebagai Hukum Pengaturan
Bebas yang menyatakan bahawa:
Semasa pembentukan gamet, setiap ahli daripada pasangan alel boleh bergabung
secara rawak dengan mana-mana ahli daripada pasangan alel yang lain.
ZON AKTIVITI
Gabungan baru ciri muncul pada
generasi F , iaitu biji kedut berwarna Kumpulkan maklumat tentang
2
Rumusan kuning dan biji bulat berwarna hijau. pewarisan Hukum Mendel II.
daripada Kemudian, bentangkan di dalam kelas.
eksperimen
dihibrid
Mendel Dua pasang ciri (bentuk dan warna biji) digabungkan dalam generasi F
1
tetapi kemudiannya terpisah dan bertindak secara bebas daripada satu
sama lain dalam generasi F .
2
11.2.4 11.2.5
239

