Page 114 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 114

1.    Jadual aktiviti  kokurikulum, iaitu bagi  kegiatan Kelab/Persatuan/PasukanPakaian
                                Seragam adalah seperti berikut hari Rabu.

                          2.    Satu  notis (kenyataan  bertulis) hendaklah diserahkan kepada ibubapa supaya
                                mereka mendapat maklumat tentang pergerakan  anak mereka.    Notis ini
                                hendaklah ditandatangan oleh guru penasihat dan Penolong Kanan Kokurikulum.

                          3.    Bertanggungjawab membimbing  pasukan,  kelab, persatuan, sukan, permainan
                                yang dipertanggungjawabkan.

                          4.    Bertanggungjawab dalam perancangan aktiviti dan projek-projek pasukan, kelab,
                                persatuan, sukan dan permainan sepanjang tahun.

                          5.    Bertanggungjawab membimbing  pelajar-pelajar  menjalankan aktiviti-aktiviti  dan
                                projek-projek melalui perjumpaan-perjumpaan  dan mesyuarat-mesyuarat yang
                                dijalankan.

                          6.    Menyediakan program-program perkembangan keahlian  pasukan,  kelab,
                                persatuan, sukan dan permainan.

                          7.    Menyimpan rekod-rekod minit  mesyuarat,  senarai  guru penasihat, senarai
                                jawatankuasa, senarai nama ahli serta penyata bayaran khas dan kewangan yang
                                lengkap dan kemas kini.

                          8.    Menyediakan  surat-surat persetujuan  ibu bapa/penjaga bagi  anak-anak mereka
                                memasuki pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permaian.  Lawatan-lawatan dan
                                aktiviti yang perlu bermalam atau lewat balik perlu mendapat surat kebenaran polis
                                dan Jabatan Pendidikan.

                          9.    Memperakui keanggotaan dan pengelolaan ahli-ahli bagi kegunaan Surat Akuan
                                dan Sijil Berhenti Sekolah.

                          10.   Mengawasi disiplin dan tingkah laku  ahli-ahli dalam kelab, persatuan, pasukan,
                                sukan dan permainan yang dikelolakan.
                          11.   Bertanggungjawab menentukan yang persatuan, kelab, pasukan,  sukan  dan
                                permainan berkenaan adalah selaras dengan kehendak serta kepentingan pihak
                                sekolah/Jabatan Pendidikan/Kementerian Pendidikan Malaysia.

                          12.   Bertanggungjawab berurusan dengan  Penolong Kanan  Kokurikulum dalam hal
                                perjalanan pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permaian.

                          13.   Bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan dan pentadbiran pasukan,  kelab,
                                pasukan, persatuan dan permainan yang dikelolakan.

                          14.   Mencatatkan setiap perjumpaan dan mesyuarat di dalam buku rekod aktiviti unit
                                yang dikelolakan.



                                                                                                         109
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118