Page 113 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 113
2. Datang ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sekolah bermula dan pulang
sekurang-kurangnya 20 minit setelah berakhir.
3. Memantau kehadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan mereka menepati waktu
datang, rehat dan pulang.
4. Mengawas pergerakan murid terutama waktu pulang selepas tamat persekolahan.
5. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu dan sampah sarap dibuang bagi memastikan
bilik darjah berada dalam keadaan bersih.
6. Memastikan lampu, kipas angin dan tingkap ditutup apabila waktu persekolah telah
tamat.
7. Memantau kebersihan tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. Laporkan
kepada pengetua dengan segera jika wujud keadaan yang tidak memuaskan atau
merbahaya kepada murid/guru/pekerja.
8. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin.
9. Mengurus pelajar yang sakit. Jika perlu hantar pelajar ke hospital.
10. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu sebelum loceng pertama,
waktu rehat. Ambil tindakan yang manasabah apabila bertemu dengan kes pelajar
melanggar disiplin sekolah.
11. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan aduan kehilangan barang. Memaklumkan
kepada guru disiplin dan Penolong Kanan HEM.
12. Membuat catatan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
13. Perhimpuan rasmi:
14.
14.1 Memastikan alatan dan perkakasan disediakan dan mencukupi: bendera, kerusi
guru, pembesar suara dan meja hadiah (jika ada majlis penyampaian hadiah).
14.2 Mengarah dan mengawal persiapan awal bagi memastikan pelajar mematuhi
tatatertib perhimpunan rasmi.
14.3 Mengarah dan mengawal murid bergerak keluar dari perhimpunan supaya
murid bersurai secara teratur.
C.5 SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT
KELAB/PERSATUAN/SUKAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
108

