Page 110 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 110

5.  PERINGATAN

                                    Guru yang membuat pesanan hendaklah menyerahkan invois dengan segera
                                    kepada  Ketua Pembantu Tadbir,  iaitu  TIDAK  MELEBIHI TEMPOH TUJUH  HARI
                                    SELEPAS MENERIMA INVOIS ITU.

                      B.     TUGAS-TUGAS GURU

                             B.1    SENARAI TUGAS GURU KELAS

                      1.     Pengurusan dan Organisasi Kelas

                             1.1    Membentuk organisasi  kelas yang  terdiri  Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas,
                                    Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.

                             1.2    Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
                                    1.2.1   Jadual waktu
                                    1.2.2   Jadual tugas
                                    1.2.3   Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, kerusi meja guru dan papan tulis
                                    1.2.4   Alatan  untuk membersih kelas seperti penyapu,  bakul sampah dan
                                           pengaut sampah.

                             1.3    Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan ceria.

                             1.4    Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik
                                    dan selamat digunakan.
                             1.5    Melaporkan perabot  dan peralatan  elektrik yang rosak  kepada guru  yang
                                    berkenaan.
                             1.6    Memastikan ahli jawatankuasa dalam organisasi kelas yang dilantik menjalankan
                                    tugas.

                      2.     Jadual Kedatangan Pelajar

                             2.1    Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua
                                    berakhir dan menyimpan buku  daftar kedatangan pelajar di pejabat.  Buku
                                    kedatangan boleh ditanda oleh guru kelas sahaja.  Pelajar dilarang mengambil
                                    atau menanda buku ini.

                             2.2    Menentukan semua butiran  yang  dikehendaki ada  di  dalam buku daftar
                                    kedatangan pelajar ditulis.

                             2.3    Memastikan catatan di dalam buku jadual berkenaan  merupakan maklumat
                                    terkini.






                                                                                                         105
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115