Page 109 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 109
2.2 Ketua panitia/ketua bidang hendaklah meneliti cadangan dengan mengambil
kira baki stok untuk dipertimbangkan oleh Pengetua/jawatankuasa pengurusan
kewangan sekolah.
2.3 Ketua Bidang /Ketua Panitia perlu mengisi nota minta dan menyerahkan kepada
Pembantu Tadbir (Kewangan) untuk urusan pembelian.
3. KAEDAH BORANG NOTA MINTA
3.1 Borang nota minta hendaklah diisi oleh Ketua Bidang /Ketua Panitia berkenaan,
dan ditandatangan oleh Pengetua.
3.2 Borang nota minta perlu disediakan sebelum pembelian di buat selepas
menerima kelulusan daripada Pengetua.
4. KAEDAH PEMBAYARAN
4.1 Pembelian/perbelanjaan yang tidak melebihi RM100.00 tidak perlu mengguna
borang pesanan. Guna panjar wang runcit (PWR) bagi membiayai
pembelian/perbelanjaan yang tidak melebih RM100.00.
4.2 Semak invois dan bil pesanan tempatan yang diterimadaripada pembekal bagi
memastikan barang yang diterima adalah sama seperti yang dipesan (dari segi
kuantiti, kualiti, harga dan sebagainya).
4.3 Guru yang memesan hendaklah menurunkan tandatangan dan menulis nama
pada invois yang diterima supaya mudah untuk dirujuk.
4.4 Cop tarikh terima dan catatkan ke dalam stok tentang barang-barang yang
diterima. (Tindakan guru yang memesan barang).
4.5 Daftarkan invois itu ke dalam ‘Buku Daftar Bil’. (Tindakan Ketua Pembantu
Tadbir).
4.6 Sediakan baucer bayaran dan cek. Kemukakan cek dan dokumen berkenaan
kepada Penolong Kanan untuk disemak dan ditandatangan. Selepas itu
serahkan cek dan dokumen itu kepada pengetua untuk ditandatangan.
4.7 Pastikan baucer dan resit bayaran diserah oleh pembekal (penerima bayaran)
dalam tempoh yang manasabah (paling lewat dalam tempoh 14 hari).
4.8 Resit belian tunai perlu ditandatangani dan dicop jawatan KP/ GK pada
bahagian bawah resit.
104

