Page 97 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 97
WAKTU RASMI SEKOLAH:
Isnin – Khamis : 7.40 Pagi – 2.30 Petang
Jumaat : 7.40 Pagi – 12.00 Tengahari
PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH: PERHIMPUNAN MINGGUAN ditetapkan pada setiap hari Isnin
mulai jam 7.20 pagi hingga 8.10 pagi. Semua guru lelaki di minta memakai baju “Long Suite”
manakala pakaian guru perempuan adalah bersesuaian dan blazer.
Guru kelas diminta menguruskan rekod kehadiran murid kelas masing-masing 7 minit
sebelum perhimpunan bermula.
PERHIMPUNAN KOKURIKULUM ditetapkan pada hari Rabu setiap minggu. Semua guru
penasihat dikehendaki berada di tapak perhimpunan dan semasa sesi perjumpaan
unit/kelab masing-masing.
PERHIMPUNAN HARIAN (SINARAN PAGI) diadakan setiap pagi bermula jam 7.20 pagi hingga
7.40 pagi. Semua guru kelas dan Penyelaras Tingkatan dikehendaki berada di tapak
perhimpinan untuk menguruskan rekod kehadiran murid. Program SINARAN PAGI dengan
aktiviti akademik seperti Kuiz, Pidato, Persembahan Murid, Ceramah Motivasi dsbnya.
KEHADIRAN:
1.1 Guru-guru dikehendaki berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit
lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
1.2 Kakitangan sokongan hendaklah mematuhi waktu hadir dan pulang yang telah
ditentukan.
1.3 Guru-guru dan kakitangan sokongan dikehendaki merakamkan kehadiran. Jika ada
gangguan atau berlaku kerosakan kepada sistem tersebut, guru-guru dan
kakitangan diminta mencatat kehadiran ke dalam buku kehadiran. Buku kehadiran
ini diletakkan di kaunter pejabat sekolah sahaja.
(Surat Pekeliling Am Bil .11 tahun 1981 dan Perkara 4(2)(g), Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tataterib )1993)
1. KEBERADAAN GURU
Bukti kehadiran guru akan direkod dalam sistem keberadaan guru dan dipaparkan melalui
dashboard Kementerian Pendidikan Malaysia ( Ruj.:Surat Timbalan KPPM – Operasi
Pendidikan , KPMSP.700-2/1/60) 7 bertarikh 19/11/2015
“Pelaksanaan Sub Modul Keberadaan Guru Menerusi Modul Pengurusan Guru”
Sekiranya guru dan staf tidak dapat hadir ke sekolah, DIMINTA UNTUK MAKLUMKAN
KEPADA PENGETUA .
92

