Page 101 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 101

9.4   Dalam melaksanakan tugas mengurus disiplin sila rujuk:
                                           a.  Peraturan Pelajaran 1959 Bil. (3) dalam JPN.Pk.(AM)/D/28, dan
                                           b.  Pek. Ikhtisas Bil. 1/1972
                                              Buku Disiplin (yang dikeluarkan oleh SMK Matang

                      10  MESYUARAT GURU DAN MESYUARAT-MESYUARAT LAIN

                           10.1  Guru wajib hadir ke mesyuarat guru.  Jika tidak dapat hadir kerana urusan tugas rasmi
                                yang lain, perkara itu  hendaklah  dimaklumkan kepada  pengetua atau Penolong
                                Kanan dengan segera.

                           10.2  Guru juga wajib  hadir  ke mesyuarat  yang dijalankan oleh unit-unit  lain yang
                                melibatkan tugas di sekolah.  Contoh:  mesyuarat panitia, mesyuarat rumah sukan,
                                mesyuarat persatuan dan mesyuarat-mesyuarat lain.

                           10.3  Mesyuarat di sekolah hendaklah diutamakan daripada urusan peribadi.

                      11  KOKURIKULUM / GERAK KERJA LUAR

                           11.1  Kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada komponen pendidikan.
                                Mulai tahun 2007, kemasukan ke IPTA akan memperuntukkan 10% untuk kegiatan
                                kokurikulum.   Oleh  itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum hendaklah  dilaksanakan
                                mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

                           11.2  Semua guru terlibat mengurus kegiatan kokuriklum iaitu, pasukan pakaian seragam,
                                persatuan/kelab dan kelab permainan.

                           11.3  Di  samping itu guru juga  akan ditugaskan  mengurus pasukan  permainan dan
                                mengurus peserta bagi  pertandingan  seperti  kuiz, syarahan,  drama, sketsa dan
                                sebagainya.

                      12  PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH

                             13.1   Penggunaan telefon dibenarkan bagi urusan kerja sekolah sahaja.

                      13  MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SEKOLAH

                             14.1   Guru dan kakitangan dilarang menjalankan urusniaga di sekolah.  (Contohnya
                                    melakukan jualan langsung, menjadi agen insurans dan sebagainya).

                             14.2   Jurujual luar seperti agen insurans,  agen kad  kredit dan lain-lain perniagaan
                                    dilarang berjumpa dengan guru.

                             14.3   Urusniaga tidak  dibenarkan  di dalam  kawasan sekolah  (kecuali koperasi  dan
                                    kantin sekolah).




                                                                                                           96
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106