Page 102 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 102
14 KELAB GURU DAN KAKITANGAN
Semua guru dan kakitangan sokongan sekolah ini adalah AHLI KELAB GURU DAN
KAKITANGAN SEKOLAH dan wajib membayar yuran.
15 KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI SEKOLAH
16.1 Semua guru hendaklah menjaga keselamatan dan peka kepada keselamatan
pelajar sewaktu di dalam dan di luar bilik darjah.
16.2 Guru kokurikulum/sukan/persatuan/unit beruniform hendaklah mengawasi
keselamatan pelajar yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Pastikan
alatan yang diguna adalah selamat untuk diguna.
16.3 Langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak dan SMK. Matang hendaklah
difahami dan dipatuhi.
16.4 Guru hendaklah mengambil kira faktor cuaca apabila hendak menjalankan
aktiviti. Dilarang menjalankan aktiviti dalam keadaan yang merbahaya seperti
hujan lebat, kilat petir, banjir dan lain-lain.
16.5 Sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku hendaklah diambil
tindakan yang wajar dan segera. Laporkan segera perkara berkenaan kepada
pengetua. Buat laporan bertulis dalam buku tugas harian guru.
16 STOR SUKAN
17.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Setiausaha Sukan adalah
bertanggungjawab memeriksa dan menyelenggara stor dan peralatan sukan
bagi memasti alatan yang diguna berada dalam keadaan baik dan selamat
untuk diguna.
17.2 Stor sukan hendaklah berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Keluar
masuk peralatan sukan hendaklah direkodkan.
17 KAWALAN, SELIAAN DAN PENCERAPAN DI DALAM BILIK DARJAH
Satu sistem kawalan perlu diadakan untuk menjayakan pelaksanaan kurikukulum, di
antaranya ialah:
18.1 pelaksanaan ujian formatif dan sumatif
18.2 melakukan peperiksaan dalaman dan tindak ikut
18.3 mengedalikan rekod penilaian
18.4 menubuhkan item bank soalan
18.5 menyelia kerja guru
18.6 menyelia kerja pelajar
18.7 mencerap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
97

