Page 100 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 100
5 KETEPATAN MASA
5.1 Guru hendaklah berada dalam kelas mengikut jadual waktu P&P yang telah
ditetapkan.
5.2 Guru tidak boleh melepaskan pelajar lebih awal pada rehat atau pada waktu
pulang.
6 PERTEMUAN / BERURUSAN DENGAN PIHAK LUAR
6.1 Pihak luar tidak dibenarkan berurusan terus dengan guru/kakitangan sekolah.
6.2 Semua pihak yang hendak berurusan dengan guru/kakitangan sekolah mesti
mendapat kebenaran pengetua.
7 PENGGUNAAN HARTA DAN KEMUDAHAN SEKOLAH
7.1 Guru dan kakitangan mesti mendapat kebenaran pengetua sebelum
mengguna harta dan peralatan sekolah (contoh penggunaan bilik-bilik khas, ruang
kerja dan sebagainya).
7.2 Tempoh/ masa penggunaan harta dan peralatan sekolah hanya pada
waktu pejabat sahaja (7.00 Pagi – 5.00 Petang). Selepas waktu pejabat perlu
kebenaran pengetua.
8 LAPORAN
8.1 Program/Projek/Aktiviti:
Laporan hendaklah disediakan oleh setiausaha selepas selesai sesuatu program,
projek atau aktiviti. (Rujuk Lampiran)
8.2 Mewakili Pengetua:
Wakil pengetua dalam sesuatu mesyuarat atau program hendaklah
menyediakan satu laporan dan menyerahkan laporan itu kepada pengetua
dengan segera (selewat-lewatnya selepas tiga hari selepas peristiwa
berkenaan).
9 DISIPLIN PELAJAR
9.1 Semua guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab ke atas pelajar yang
berada di dalam kelas, di dalam kawasan sekolah atau semasa mengurus program
di luar kawasan sekolah.
9.2 Guru hendaklah mengguna kebijaksanaan sebagai pendidik untuk menyelesaikan
masalah-masalah seperti pelajar tidak membuat kerja rumah, bising semasa P&P,
tidak melakukan kerja-kerja yang ditetapkan dan lain-lain masalah. Bagaimanapun
bagi masalah yang tidak dapat diselesaikan, dan pelanggaran disiplin yang berat
seperti ponteng kelas, merokok, biadab terhadap guru, bergaduh, dan sebagainya,
perkara itu hendaklah dirujuk dengan segera kepada Guru Disiplin atau Penolong
Kanan HEM.
9.3 Hukuman berbentuk deraan (seperti menjemur pelajar di tengah panas, berdiri di
atas kerusi, menconteng muka pelajar, dan lain-lain hukuman yang boleh
mencederakan pelajar) adalah dilarang. Sila rujuk buku “Pengurusan Disiplin” yang
disediakan oleh KPM.
95

