Page 121 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 121
ARAHAN SUNTINGAN
ARAHAN SUNTINGAN DALAM AUTOCAD
Aplikasi suntingan dalam AutoCAD adalah penting untuk dipelajari kerana suatu lukisan
taknik atau kejuruteraan yang berkualiti akan dapat dihasilkan dengan baik dan mengikut piawai
yang ditetapkan. Terdapat pelbagai arahan suntingan ayang akan diterangkan kepada pengguna
dalam buku ini bagi memudahkan pengguna menggunakan arahan tersebut dengan betul semasa
melukis menggunakan perisian ini.
Menyahaktif/Membatalkan arahan yang sedang dipilih
Semasa kerja-kerja melukis dijalankan sering kali pengguna tersilap memilih atau mengakses
arahan yang tersilap secara sengaja atau tidak. Namun begitu pengguna dapat menyahaktifkan
arahan terkini yang dipilih melalui kaedah menekan butang “Esc” pada pada kekunci. Arahan
tersebut akan dibatalkan (cancel) serta-merta dan pengguna dapat membuat pilihan arahan yang
lain sejurus selepas itu.
Menyahaktif arahan yang sedang digunakan apabila selesai menggunakannya
Sesetengah arahan dalam aplikasi AutoCAD akan menyahaktif sendiri apabila selesai
penggunaannya. Namum begitu, terdapat juga arahan yang tidak dinyahaktif oleh sistem yang
memerlukan pengguna memberikan arahan selanjutnya untuk menyahaktifkannya. Arahan
seumpama ini sebagai contoh adalah Line dan Polyline. Untuk menyahaktifkan arahan seumpama
ini pengguna perlu menggunakan beberapa teknik seperti berikut:
1. Menekan butang “Esc” pada papan kekunci bagi menamatkan arahan tersebut.
2. Pengguna juga boleh menggunakan kaedah klik butang kanan tetikus (mouse) dan
memilih “Cancel” pada pilihan yang senarai.
109

