Page 124 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 124

REDO/CTRL+Y

                       Arahan ini adalah  bagi  membolehkan kembali  semula kepada paparan sebelum  arahan
               UNDO  dilaksanakan. Bermakna fungsi arahan  REDO  adalah berlawanan  kepada fungsi  arahan
               UNDO. Arahan ini boleh dicapai dengan menggunakan gabungan menekan butang kekunci CTRL +
               Y ataupun menaip REDO. Arahan ini juga boleh dicapai dengan memilih ikon      .

               MEMINDAHKAN OBJEK/ MOVE




















                                         Gambarajah 4.4: Contoh aplikasi arahan MOVE


                       Objek yang dilukis dalam ruang kerja adalah berada pada titik dan paksi koordinat yang
               tertentu. Oleh itu, objek ini boleh dipindahkan oleh pengguna pada titik dan paksi koordinat yang
               tertentu bergantung kepada pilihan dan kehendak pengguna dalam kerja melukis menggunakan
               perisian AutoCAD. Pengguna dapat menggerakan/memindahkan objek pada suatu jarak dan arah
               yang ditetapkan daripada kedudukan asal objek tersebut. Untuk menjamin ketepatan ketika kerja
               memindahkan/menggerakan objek pengguna  dinasihatkan menggunakan alatan seperti titik
               koordinat, grid snap, object snap dan alatan lain.

               Contoh (Penentuan koordinat baru objek)

               Pindahkan objek berikut pada kedudukan koordinat A yang baru iaitu A(15,19)




















                                Gambarajah 4.5: Objek yang titik A adalah pada koordinat (10,10)
                                              dipindahkan ke lokasi baro A(15,19)

                                                                                                            112
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129