Page 138 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 138

Penyelesaian:
               Command: MIRRTEXT
               Enter new value for MIRRTEXT <1>: 0
               Command: _mirror
               Select objects: Specify opposite corner: 9 found (objek dipilih)
               Select objects: (Tekan Enter setelah selesai memilih objek)
               Specify first point of mirror line: Specify second point of mirror line: (Pilih paksi simetri)
               Erase source objects? [Yes/No] <N>: N (memilih sama ada memadam atau mengekalkan objek
               asal)



               STRETCH

               Arahan ini membenarkan pengguna untuk menarik mana-mana bahagian pada objek pada jarak
               yang tertentu yang dikehendaki.

                   1.  Klik Home tab>  Modify panel> Stretch    .
                   2.  Pilih objek yang dikehendaki menggunakan pilihan bersilang.(Cross selection)
                   3.  Pilihan bersilang ini mestilah termasuk sekurang-kurangnya satu titik akhir (Endpoint  atau
                       vertex). Dengan menetapkan pilihan bersilang dengan klik, gerakkan alatan penunjuk dari
                       kanan ke kiri dan klik sekali lagi.
                   4.  Lakukan langkah-kangkah berikut:
                                 •  Tetapkan titik asas untuk pergerakan objek dan tetapkan titik kedua.
                                 •  Masukkan jarak dalam format Cartesian, polar dan sebagainya. Jangan
                                     memasukkan simbol “@” kerana dianggapkan koordinat relatif. Apabila
                                     keluar arahan untuk memasukkan arahan berikutnya tekan Enter.

               Mana-mana objek yang mempunyai sekurang-kurangnya satu vertex (endpoint) yang  termasuk
               dalam pilihan bersilang dapat dilaksanakan arahan STRETCH ke atasnya. Mana-mana objek yang
               secara sempurna atau keseluruhan  objek  terpilih  dalam pilihan bersilang  (cross selection)
               digerakkan tanpa arahan STRETCH dapat dilakukan.

















                                                                                                            126
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143